Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diramal berdepan 'tsunami Melayu' setelah dikecewakan pengundi Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata ini susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menimbulkan kemarahan Melayu.

Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan maklum balas daripada orang ramai sebagai “pengunjung kedai mamak” dan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

“Saya nampak akan kemungkinan berlakunya tsunami Melayu pada pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.