HTC memperkenalkan kamera kompak unik bersaiz seakan batang paip disasarkan pengguna yang menggemari aktiviti lasak.

Sama ada digantung atau dipegang, model yang diberi nama RE itu mempunyai sensor mengesan genggaman tangan apabila pengguna mahu merakam foto di samping kalis air.

HTC melengkapkannya dengan sensor kamera dengan CMOS 16MP yang mampu merakam video HD penuh 1080p dan lensa sudut lebar 146 darjah selain mempunyai fungsi gerak perlahan serta 'time-lapse' bagi menghasilkan video yang lebih menarik mengikut kreativiti pengguna.

Selain RE, HTC membawakan telefon selfie baru ke pasaran Malaysia melalui model Desire Eye yang mana kamera depannya turut dilengkapi lampu flash LED dan fokus, tidak pernah ditawarkan mana-mana telefon lain sebelum ini.

Ia lengkap dengan resolusi kamera 13MP menggunakan sensor BSI untuk imej lebih cerah, apertur f/2.2, lensa lebar 22mm dan kemampuan HDR.

Pada masa sama, HTC meletakkan standard yang tinggi untuk Desire Eye termasuk memuatkannya dengan dua pembesar suara stereo yang dilengkapi teknologi HTC BoomSound, di atas dan bawah skrin 5.2 inci HD Penuh dengan Super LCD3 ini menjadikannya peranti multimedia untuk merakam dan memaparkan gambar dan video terbaik untuk pengguna Malaysia.

INFO

HTC DESIRE EYE

Harga: RM1,699

CPU: Qualcomm Snapdragon 801, quad core 2.3GHz

Skrin: 5.2 inci HD penuh Super LCD 3

RAM: 2GB

Memori: 16GB dengan slot kad mikroSD

Kamera: 13MP (depan, belakang)

Bateri: 2400mAh

Saiz: 151.6 x 73.8 x 8.5mm

Berat: 154g

OS: Android KitKat 4.4

Warna: Biru, merah

HTC RE

Harga: RM699

Masa rakaman: 40minit

Sensor: CMOS

Memori: kad memori mikroSD

Dimensi: 3.81 x 1.04 inci

Resolusi video: 1920 x 1080, 30fps

Resolusi: 16MP

Warna: Biru, jingga, putih

-HMETRO


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.