Punca rambut gugur


Pernahkah anda berdepan situasi rambut bertaburan di lantai dan mudah tersekat pada sikat ketika menyikat rambut? Jika ya, anda berkemungkinan berdepan masalah keguguran rambut.

Keguguran rambut terjadi apabila hormon androgen atau dikenali sebagai testosteron yang wujud dalam tubuh lelaki atau perempuan bertukar menjadi hormon dihydrotestosterone (DHT).

Proses penukaran itu membahayakan folikel rambut, lantas menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. Setiap orang menggugurkan sebanyak 50 hingga 100 helai rambut sehari.

Dalam kitaran rambut yang seimbang, jumlah pertumbuhan rambut adalah sama dengan bilangan rambut yang gugur. Keguguran rambut berlaku apabila rambut gugur melebihi pertumbuhan rambut.

Ini dicirikan melalui corak kebotakan lelaki dan rambut menipis, di samping ciri-ciri lain. Ini boleh disebabkan oleh banyak faktor, termasuk ketidakseimbangan hormon, tekanan, putus haid (menopos), selepas bersalin dan genetik.

Ahli Persatuan Penyelidik Rambut Eropah, Dr Jia Wei Liu berkata, keguguran rambut adalah keadaan umum yang biasa dalam kalangan lelaki dan wanita.

“Lebih dua pertiga daripada mereka mengalami jenis keguguran rambut yang tertentu dalam hidup. Meskipun ia bukan penyakit yang mengancam nyawa, kehilangan rambut boleh mengakibatkan tekanan emosi dan psikologi yang ketara.

“Secara purata, orang dewasa mempunyai 100,000 hingga 150,000 helai rambut. Mereka boleh keguguran kira-kira 100 helai rambuat sehari. Tidak kira sama ada lelaki, wanita dan kanak-kanak, semuanya akan berdepan masalah keguguran rambut.

“Jika rambut gugur ketika menyikat atau mencuci, jangan risau kerana itu perkara normal,” katanya ketika melancarkan produk penjagaan rambut gugur inovatif CG210 di ibu negara, baru-baru ini.

Penggunaan CG210 membolehkan rambut gugur kembali normal dalam masa 44 hari, memperbaiki keadaan rambut yang sihat dengan peningkatan sebanyak 79.9 peratus pada kolagen kulit kepala selepas empat bulan.

Ia juga menggalakkan peningkatan pertumbuhan rambut sebanyak 11 peratus dalam tempoh tiga bulan serta meningkatkan ketebalan rambut, di mana diameter rambut bertambah lebih 37 peratus berbanding plasebo.

Pengarah Perubatan Established Pharmaceuticals Abbott Malaysia, Dr M Hafeezul Suraj A Wilson berkata, CG210 ialah esen botanik rambut dan kulit kepala yang tidak menyebabkan alahan serta diterima dengan baik dan berkesan dalam menguruskan masalah keguguran rambut.

“Inovasi ini adalah satu penyelesaian yang dinanti-nantikan oleh komuniti saintifik serta pengguna dan Abbot sangat berbesar hati kerana memperkenalkan CG210 kepada pengguna di Malaysia,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Established Pharmaceuticals Abbott Malaysia, Lee Eng Peng.
- See more at: www.hmetro.com.my

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Siapa dia papagomo?