SIMUNJAN: Seorang lelaki membatalkan niatnya untuk mencuri barang berharga dari sebuah rumah di Kampung Kanchong Baru, Gedong selepas nafsunya terangsang melihat pemilik rumah berkenaan yang sedang tidur.

Menurut sumber, insiden berlaku pada 25 April lalu di mana ketika itu, suspek, 22, memecah masuk sebuah rumah dengan niat untuk mencuri barang berharga sekitar jam 3 pagi.

Bagaimanapun, suspek yang gagal menemui barang berharga dari rumah tersebut terangsang nafsunya selepas dia melihat seorang wanita yang juga pemilik rumah tersebut sedang tidur.

“Suspek terangsang apabila melihat mangsa yang ketika itu sedang tidur bersama dua anaknya dan mula meraba badan mangsa selain turut memegang alat sulitnya.

“Mangsa yang terjaga dari tidur menjerit sekuat hatinya menyebabkan suspek yang ketakutan terus melarikan diri dari rumah tersebut,” kata sumber.

Mangsa yang berusia 38 tahun itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian dan siasatan di rumah mangsa mendapati suspek menceroboh melalui pintu belakang yang dibuka secara paksa.

Hasil risikan pihak polis, suspek yang juga tidak mempunyai pekerjaan tetap telah ditahan di sebuah rumah di Kampung Segera Jaya, Gedong sekitar jam 2 pagi semalam.

Suspek yang memiliki rekod jenayah lampau juga atas kesalahan mencuri akan direman untuk siasatan lanjut.

-theborneopost.com

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.