Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Indonesia laksana hukuman mati ke atas 7 pesalah dadah

CILICAP (Indonesia): Pihak berkuasa Indonesia hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh pesalah dadah, termasuk dua rakyat Australia oleh skuad penembak khas meskipun mencetuskan kemarahan dan tentangan antarabangsa.

Tujuh yang dihukum mati itu termasuk seorang pesalah lelaki tempatan yang menjalani hukuman selepas tengah malam di sebuah penjara yang berciri keselamatan tinggi, demikian lapor MetroTV dan Jakarta Post.

Bagaimanapun, hukuman terhadap seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Veloso, ditangguhkan selepas seseorang disyaki merekrutnya menjadi keldai dadah dengan membawa masuk dadah ke Indonesia.

"Keajaiban akhirnya menjelma," kata emak Celia kepada stesen radio Filipina sambil memberitahu dua anak Mary menjerit dan berkata: "Ya, ya mama masih hidup."

Berbza keadaannya di Australia apabila terkejut dan marah dengan perintah hukuman mati yang dijatuhi ke atas Andrew Chan dan Myuran Sukumaran yang dikenali sebagai rangkaian geng pengedar heroin dadah "Bali Nine".

Pertikaian hukuman ke atas kes dadah berkenaan mencetuskan mendapat kekeruhan hubungan diplomatik antara kerajaan Australia dan Indonesia.

Seorang lagi warga asing yang dihukum mati hari ini di Penjara Pulau Nusakambangan, tengah Bali ialah seorang warga Brazil dan empat dari Afrika. - AFP



Indonesia pertahan pelaksanaan hukuman mati pesalah dadah

CILACAP: Peguam Negara Indonesia hari ini mempertahankan pelaksanaan hukuman mati terhadap tujuh pesalah dadah dengan menegaskan negara itu kini berdepan 'peperangan' melawan dadah. "Kami berperang dengan jenayah pengedaran dadah yang menakutkan yang boleh menggugat masa depan negara," kata peguam negara, Muhammad Prasetyo. - AFP


Hukuman mati warga Filipina ditangguh

Warga Filipina Mary Jane Fiesta Veloso, seorang daripada sembilan warga asing yang dijadual menjalani hukuman tembak sampai mati awal pagi ini, "terlepas sementara" kerana hukuman terhadapnya ditangguhkan kira-kira 30 minit sebelum ia dilaksanakan.

Hukuman terhadap Mary Jane, 30, ditangguhkan atas arahan Presiden Indonesia Joko Widodo setelah kerajaan Filipina memberikan maklumat bahawa sepasang kekasih yang mengaku menjerat dan menganiayai Mary Jane telah menyerah diri kepada polis di Filipina semalam.

Menurut laporan berita televisyen Metronews, polis Filipina mengesahkan sepasang kekasih dikenali sebagai Maria Kristina Sergio dan Julius Lacanilao telah mengaku mereka memperdaya Mary Jane dan dijadikan keldai dadah tanpa pengetahuannya.

Stesen televisyen itu melaporkan menurut pengakuan pasangan terbabit, mereka menjanjikan Mary Jane pekerjaan di Malaysia sebelum sebelum membawanya dari Kuala Lumpur untuk bercuti ke Indonesia dengan sebuah beg yang berisi 2.6 kg heroin.

Ekoran pengakuan pasangan terbabit, polis Filipina memerlukan Mary Jane sebagai saksi utama kes pengedaran dadah itu.

Mary Jane didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada tahun 2010 kerana menyeludup 2.6 kilogram heroin dalam bagasinya di Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta.

Sebelum ini banyak pihak di Filipina termasuk Presidennya Benigno Aquino turut merayu kepada kerajaan Indonesia supaya Mary Jane dibebaskan dari hukuman itu.

Mary Jane dilaporkan telah dibawa keluar dari tempat dia dijadual menjalani hukuman mati itu di Nusakambangan di Cilacap, Jawa Tengah pada pukul 4 pagi tadi dan kini berada di Lembaga Pemasyarakatan, Wirogunan, Daerah Istimewa Yogyakarta.

Sementara itu, hukuman mati terhadap lapan lagi pesalah telah dilaksanakan serentak pada pukul 12.25 pagi waktu tempatan.

Mereka ialah Myuran Sukumaran dan Andrew Chan (Australia); Martin Anderson (Ghana); Raheem A Salami, Sylvester Obiekwe, dan Okwudili Oyatanze (Nigeria); Rodrigo Gularte (Brazil) dan Zainal Abidin (Indonesia).

Ketika melayani permintaan terakhir kesemua banduan itu semalam, Chan telah memohon supaya dibenarkan berkahwin dengan kekasihnya dikenali sebagai Febyanti Herewila.

Pihak Berkuasa kemudiannya memenuhi permintaan itu dan upacara perkahwinan itu berlangsung di gereja Salvation Army di Nusakambangan tetapi pasangan itu bagaimanapun tidak dibenarkan untuk bersama dan warga Australia itu kembali ke sel banduan akhir sejurus selepas dinikahkan.

Mayat kesemua banduan itu telah dibawa keluar untuk disemadikan mengikut permintaan masing-masing.

Kerajaan Indonesia sebelum ini menghadapi tekanan pelbagai pihak dari luar negara termasuk dari Australia yang mengugut untuk memutuskan hubungan diplomatik jika hukuman itu dilaksanakan terhadap dua rakyat negaranya yang terbabit.

- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..