Guru kafa tuntut janji pilihanraya


SHAH ALAM - Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) Selangor hari ini menuntut kerajaan negeri melunaskan janji pilihan raya umumnya dua tahun lepas iaitu menaikkan kadar elaun perkhidmatan tersebut.  

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham berkata kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto gabungan parti-parti itu semasa PRU13 telah berjanji untuk menaikkan elaun guru Kafa yang hampir 10,000 di negeri ini daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan. 

Kerajaan negeri perlu mengotakan janji mereka berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari sehingga menyebabkan terdapat golongan guru
Kafa yang terpaksa melakukan kerja tambahan bagi menambah pendapatan, dakwanya.  

"Banyak guru Kafa terpaksa bekerja di stesen minyak pada sebelah malam, menjual kuih muih malah ada yang bekerja sebagai tukang cuci semata-mata untuk menampung kos sara hidup," katanya kepada pemberita di pintu masuk Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, di sini hari ini.  

Ekhsan Bukharee mendakwa pendapatan elaun bulanan yang guru Kafa yang rendah itu turut meletakkan mereka dalam kumpulan isi rumah di bawah garis kemiskinan negeri Selangor iaitu kadar pendapatan kurang RM3,500 sebulan.  

Beliau yang mengajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Kapar dekat sini, menyatakan guru Kafa di negeri ini masih bertaraf sambilan berikutan kekosongan jawatan tetap perkhidmatan berkenaan terlalu terhad.  

Sebelum itu, Ekhsan Bukharee dihalang oleh hampir 10 pengawal keselamatan Dun Selangor daripada memasuki bangunan itu bagi menyerahkan tuntutan kenaikan elaun tersebut kepada 56 Adun Selangor termasuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. 

Sementara itu, Exco Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi ketika ditemui pemberita menegaskan kerajaan negeri memang tidak menyediakan sebarang peruntukan berkaitan elaun tersebut bagi tahun ini. 

Katanya, kerajaan negeri masih mengkaji kadar elaun yang sesuai diberikan supaya setimpal dengan kegiatan dan aktiviti yang diberikan guru KAFA berkenaan. - Bernama


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..