Guru dipecat kerana mendedahkan kebenaran


Guru yang mengetuai gerakan membantah sistem dalam talian Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang bermasalah pada 2013 dan 2014, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, dipecat daripada jawatannya.

Berdasarkan surat dihantar kepadanya Isnin lalu, guru pendidikan seni itu ditamatkan perkhidmatan serta-merta berkuatkuasa pada 31 Mac 2015.

Kini menganggur, Ketua Pemuda Umno cawangan Kelisa itu memberitahu Malaysiakini, dia sedang mempertimbangkan untuk menulis dua pucuk surat - masing-masing kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya sedang meneliti pilihan yang ada, iaitu merayu atau menulis surat untuk menyatakan kekesalan kepada Najib dan Dr Mahathir.

"Kita perlu akui perdana menteri mungkin tidak boleh berbuat apa-apa, tetapi saya akan menulis kepada beliau sebagai menghormati kedudukannya sebagai pemimpin," katanya.

Mohd Nor Izzat, 30, berkata dia juga mungkin menulis surat kepada Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan sebagai ahli Umno.

"Sebelum ini saya tidak mendedahkan hubungan saya dengan parti tetapi ini masa yang sesuai untuk melakukannya," kata Mohd Nor Izzat.

Dia adalah antara tiga guru yang ditukarkan oleh Kementerian Pelajaran ekoran pembabitan mereka kepada gerakan mendesak kerajaan mengatasi kekalutan sistem dalam talian PBS.

Antara rungutan guru ialah kesukaran mereka mengakses sistem itu dan terpaksa berjaga sehingga awal pagi untuk melakukannya.

Sistem itu juga didakwa sering tergendala memaksa guru menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk memasukkan laporan keputusan pelajar.

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..