Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Cuepacs harap hadiah istimewa 1 Mei


Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan mengumumkan 'hadiah istimewa' kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja, 1 Mei ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pemberian hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada penjawat awam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan produktiviti negara.

"Kenaikan produktiviti negara yang meningkat lebih 100 peratus seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kesungguhan penjawat awam dan golongan pekerja di negara ini melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Program Transformasi Ekonomi negara, tetapi amat sedih kerana masih ada pekerja di negara ini menerima gaji di bawah garis kemiskinan nasional," katanya selepas majlis perasmian Seminar Kepimpinan Perdana Cuepacs oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Misnu Taha, di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, Azih berkata kerajaan harus memperkenalkan gaji minimum RM1,200 sebulan kepada kakitangan sektor awam.

Beliau berkata pelaksanaan gaji minimum itu perlu memandangkan pekerja dan rakyat secara umumnya terpaksa menanggung kos kenaikan harga barang serta elemen cukai yang membebankan mereka.

Selain itu, katanya Cuepacs mahu supaya pelaksanaan 252 skim perkhidmatan awam termasuk kenaikan gaji seperti diumumkan Najib dalam pembentangan Bajet 2015, dapat disegerakan.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014, Najib memberi jaminan kerajaan akan menambah baik 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim kenaikan gaji, dan 81 daripadanya sudah dilaksanakan secara berperingkat.

Azih berkata kenaikan gaji 10 peratus itu sangat penting untuk memastikan penjawat awam menerima gaji pokok melebihi paras kemiskinan nasional, iaitu RM880 sebulan, terutama bagi Gred 11 hingga Gred 17.

Katanya pelaksanaan skim gaji minimum RM1,200 itu perlu disegerakan kerana dianggarkan kira-kira 700,000 penjawat awam masih menerima gaji pokok antara RM802 dan RM820 sebulan.

Sehubungan itu, katanya ramai dalam kalangan penjawat awam tidak mampu membeli rumah kos rendah atau rumah mampu milik, termasuk di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) walaupun harganya antara RM90,000 dan RM150,000 seunit.  

"Tidak ada gunanya negara kita maju kalau masih ramai pekerja bergaji rendah dan tidak mampu memiliki rumah. Harga rumah meningkat RM30,000 setiap tahun dan jika gaji pekerja hanya bertambah RM80, sudah pasti mereka tidak mampu membeli rumah," katanya.

- Bernama


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..