Selain membekalkan kalsium kepada tubuh, susu mampu mencegah osteoporosis serta menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku dan rambut kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.

Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.

Peka dengan keperluan harian masyarakat, pengeluar tenusu terkemuka, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) melancarkan semula produk susu sedia untuk diminum di bawah nama baru, Dutch Lady PureFarm dengan pek menarik.

Nama Dutch Lady PureFarm diilhamkan oleh warisan tenusu Belanda dan kepakaran selama 140 tahun syarikat induknya, Royal FrieslandCampina dalam menyediakan produk susu berkualiti lagi lazat dan berkhasiat untuk pengguna di seluruh dunia dan di Malaysia.

Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Anja Henze berkata, warga Malaysia gemar Dutch Lady sedia untuk diminum, menjadikannya ia jenama nombor satu dalam kategori susu sedia untuk diminum.

“Dengan kebaikan khasiat susu, kami berbangga kerana dapat membantu Malaysia membina keluarga yang kuat sepanjang perjalanan hidup mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran semula Dutch Lady Malaysia jenama susu sedia untuk diminum di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Anja, produk tenusu Dutch Lady dihasilkan berdasarkan piawaian global menyeluruh yang dikenali sebagai FOQUS. FOQUS yang dilahirkan dan diperkembangkan oleh ibu syarikat di Belanda adalah satu audit dan cara pemeriksaan holistik yang merangkumi setiap proses dalam rantaian bekalan, daripada penghasilan susu mentah hinggalah kepada produk dan pengagihan susu ke pasaran.

“Dengan FOQUS, kami menguat­kuasakan piawaian serta prosedur ketat supaya setiap produk tenusu yang dihasilkan di sini mencapai standard kualiti yang tinggi dalam aspek keselamatan makanan, kualiti, keselamatan sekerja dan persekitaran, sama seperti diamalkan di Belanda.

“Dutch Lady PureFarm secara menyeluruh adalah mengenai kebaikan khasiat susu, di mana ia mampu membantu golongan ibu di Malaysia menyokong perkembangan holistik keluarga mereka dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh badan setiap hari,” katanya.

Semua susu Dutch Lady dihasilkan dengan proses pengeluaran ketat yang mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan dan antarabangsa.

Produk Dutch Lady juga disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya peng­guna Islam dapat menikmati nutrisi tenusu tanpa was-was.

Dalam pada itu, Pakar Pemakanan Korporat Dutch Lady Malaysia, Loo Mei Fong berkata, nutrien penting adalah nutrisi yang tidak boleh dihasilkan oleh badan atau sekurang-kurangnya tidak cukup pantas untuk memenuhi keperluan fisiologi kita.

“Kita perlu mendapatkan nutrien penting daripada makanan. Ini termasuk protein yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran badan, kalsium yang membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat, vitamin A yang penting untuk fungsi mata, vitamin B2 yang diperlukan untuk membantu pembebasan tenaga yang diperoleh daripada karbohidrat, lemak dan protein, dan vitamin D3 yang membantu dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus,” katanya.

Loo juga menyarankan meminum dua hidangan susu Dutch Lady PureFarm sehari dapat membantu memenuhi keperluan nutrien harian seorang dewasa. Ini bagi memastikan pemakanan seimbang untuk keluarga.

Dutch Lady PureFarm boleh didapati dalam pelbagai perisa yang lazat, daripada susu segar, susu penuh krim dan susu rendah lemak kalsium tinggi hinggalah kepada susu perisa coklat, kopi dan strawberi.

Susu ini boleh didapati dalam tiga jenis iaitu susu UHT (suhu ultra ting­gi), susu steril dan susu dipasteur dalam saiz berbeza.
- See more at: www.hmetro.com.my

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.