Biskop: Biadab desak alih salib


Pemimpin gereja Katolik Dr Paul Tan Chee Ing mengecam tuntutan sekumpuan penunjuk perasaan menuntut lambang salib pada gereja di Taman Medan diturunkan.

Kata Tan, insiden semalam adalah tekanan terkini ke atas penganut Kristian di negara ini.

Dia yang lantang mempertahankan hak penganut Kristian berkata, kesabaran penganut Kristian semakin tercabar dengan perkembangan terbaru semalam.

"Amalan membuli penganut Kristian semakin menjadi pilihan di kalangan ahli politik bankrup untuk meraih populariti," katanya.

Menurut Tan, penunjuk perasaan terbabit tidak mempunyai sebarang alasan menuntut lambang salib itu dialihkan.

"Ia adalah lambang universal Kristian, sama seperti bulan sabit untuk Islam," katanya.-MALAYSIAKINI

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'