50 rumah musnah dalam kebakaran di Semporna


SEMPORNA: Lima puluh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Bangau-Bangau, sebuah perkampungan atas air, di Semporna awal semalam, insiden kedua dalam masa 11 hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Izam Borhan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.47 pagi sebelum sebuah jentera berserta sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kami juga mendapat bantuan lima anggota bomba dari Kunak serta lima orang anggota bomba sukarela,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya agensi yang turut membantu dalam operasi memadamkan kebakaran termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat.

Fazizul berkata kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada jam 3.33 pagi dan api padam sepenuhnya pada jam 5.55 pagi.

Katanya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Pada 25 Mac lalu, kebakaran di kawasan perkampungan yang sama memusnahkan 233 buah rumah.

Semalam, Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional Tawau akan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di kampung berkenaan — Bernama


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..