Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari tadi.
  
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
  
"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.
  
Ab Rashid berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang.
  
Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.
  
Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik. - Bernama


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.