Anggota keselamatan Indonesia menceroboh Pulau Sebatik ditahan

Jumaat lalu, PDRM menahan 17 warga Indonesia termasuk 10 POLRI dan 4 TNI serta tiga orang awam kerana menceroboh wilayah Malaysia di Pulau Sebatik, di Tawau.

Difahamkan mereka berbuat demikian bagi membawa balik seorang suspek warga Indonesia yang ditahan di lokap Balai Polis Wallace Bay di Malaysia kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang anggota TNI pada 10 Mac lalu.

Sebelum ini, POLRI dilaporkan menjalankan gerakan besar-besaran di Pulau Sebatik wilayah negara jiran bagi memburu suspek kes bunuh membabitkan seorang anggota TNI.

Semua 10 anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) dan empat Tentera Nasional Indonesia (TNI) dibebaskan dan dibenarkan pulang ke negara mereka pada kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman, berkata semua anggota POLRI dan TNI itu dibebaskan selepas meminta maaf, selain atas semangat kerjasama dan memorandum persefahaman (MoU) sempadan dua negara.


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..