Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan peluang dalam satu forum anjuran Pemuda Umno pada malam ini mendedahkan butiran sensasi berhubung kes Liwat II.

Pendedahannya itu menyebabkan kalangan hadirin merah muka apabila Shafee menceritakan mengenai perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah, Shafee juga menceritakan bahawa Anwar “mencubit puting dada Saiful”.

Ucapannya di forum di Kelana Jaya itu turut dipancarkan secara langsung melalui laman web Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.

Menurut peguam itu, Anwar juga bertanya kepada Saiful jika boleh mengadakan hubungan seks pada hari kejadian.

Beliau berkata, soalan itu menunjukkan bahawa kedua-duanya pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini.

Menurutnya, Saiful mengaku pernah membuat hubungan seks dengan Anwar sebanyak sembilan kali. ( Mohd Saiful seorang homoseksual ? )

Butiran mengenai perbuatan seksual itu tidak pernah didedahkan di mahkamah terbuka. Keterangan Saiful berhubung perkara itu dibuat secara in camera semasa perbicaraan. MALAYSIAKINI.COM


Kes Liwat : KJ tidak akan duduk diam

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, BN hanya berdiam diri dalam menghadapi tuduhan bahawa kes Liwat II yang dihadapi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi.

Khairy berkata, BN berdiam diri sebelum ini untuk membiarkan kes itu diputuskan dengan bebas di mahkamah.

"Kini, perlu bagi seorang yang bertauliah menjelaskan, untuk melawan tuduhan konspirasi politik.

"Hingga ke hari terakhir (perbicaraan), peguam pendakwaan masih mengatakan ia satu konspirasi politik.

“Jadi jangan ingat kami akan berdiam diri. Kami menjemput (Tan Sri Muhammad) Shafee (Abdullah) untuk menyatakan kebenarannya,” katanya.

Beliau berucap bagi mengalu-alukan Shafee di forum anjuran Pemuda Umno di Kelana Jaya pada malam ini.

Shafee juga mewakili Khairy dalam dua kes saman yang difailkan Anwar ke atas menteri belia dan sukan itu.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.