Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Anwar Ibrahim liwat Mohd Saiful sebanyak sembilan kali

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan peluang dalam satu forum anjuran Pemuda Umno pada malam ini mendedahkan butiran sensasi berhubung kes Liwat II.

Pendedahannya itu menyebabkan kalangan hadirin merah muka apabila Shafee menceritakan mengenai perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah, Shafee juga menceritakan bahawa Anwar “mencubit puting dada Saiful”.

Ucapannya di forum di Kelana Jaya itu turut dipancarkan secara langsung melalui laman web Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.

Menurut peguam itu, Anwar juga bertanya kepada Saiful jika boleh mengadakan hubungan seks pada hari kejadian.

Beliau berkata, soalan itu menunjukkan bahawa kedua-duanya pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini.

Menurutnya, Saiful mengaku pernah membuat hubungan seks dengan Anwar sebanyak sembilan kali. ( Mohd Saiful seorang homoseksual ? )

Butiran mengenai perbuatan seksual itu tidak pernah didedahkan di mahkamah t…

Mengapa tangisi pemergian Tok Guru Nik Aziz ?

AIR mata kehilangan Ramai menangis terima berita kembalinya ke rahmatullah Tok Guru Nik Abdul Aziz 12 Februari lalu termasuk yang bukan Islam.

Kalau ditanya apa hikmah tahaluf siyasi, bagi saya inilah. Tahaluf siyasi buka ruang untuk bukan Islam mengenali keperibadian Tok Guru sebagai pemimpin Islam.

Akhbar Cina menyebut Allahyarham sebagai 'Yi Tai Zhong Si' atau 'Tok Guru Sepanjang Zaman'. Begitu tinggi penghormatan untuk Mursyidul Am Pas itu.  

Mengapa ramai yang menangis? Saya percaya, mereka menangis bukan atas pemergian Tok Guru. Kita semua pun  akan ke sana juga dan beliau sekadar mendahului.

Kita juga tahu Tok Guru sudah cukup bersedia untuk menghadapi masa kepulangannya malah persediaan itu sudah dibuat lama, sejak muda.

Apa yang sebenar ditangisi sama ada oleh penyokong Pas ataupun yang bukan Pas adalah kerana kita, umat Islam di Malaysia kehilangan seorang murabbi.

Kehilangan ini bukan dirasakan oleh orang Pas atau rakyat Kelantan semata-mata, bukan juga di…

Pembuat coklat Ferrero Rocher meninggal dunia

MONTECARLO - ITALI. Lelaki paling kaya di Itali, Michele Ferrero, yang juga merupakan pemilik perusahaan coklat 'Nutella' telah meninggal dunia di usia 89 tahun semalam.

Memetik laporan The Guardian, Presiden Itali menyampaikan salam takziah sambil memuji Ferrero sebagai tokoh penting dalam industri makanan di Itali.

"Ia selalu selangkah lebih maju, hasil daripada produk-produknya yang inovatif dan kerja kerasnya, ujar presiden tersebut.

Michele meninggal dunia atas faktor sakit tua, beliau meninggal di rumahnya di Montecarlo.

Nama Ferrero dikenali selepas memperkenalkan coklat sebutan ramai "Ferrero Rocher" selain coklat lain keluaran Nutella.

Perniagaan coklat keluarga Ferrero diasaskan oleh ayahnya yang bernama Pietro, yang mula membuat coklat daripada kacang nutella semasa Perang Dunia Kedua. SINARHARIAN.COM.MY

Brunei perketat peraturan sambut raya Cina

Brunei mengetatkan undang-undang berkaitan sambutan Tahun Baru Cina, antaranya dengan mengharamkan tarian Singa dekat dengan masa solat dan persembahan oleh orang bukan Cina.

Langkah itu diambil selepas larangan hiasan Krismas dan selepas solat Jumaat menyeru supaya orang Islam menghindari perayaan bukan Islam.

Tarian singa kini hanya dibenarkan antara  19 hingga 21 Februari antara jam 8 hingga 11.20 pagi dan 1.30 hingga 5.15 petang, menurut Brudirect.

Portal itu juga melaporkan bahawa persembahan itu hanya boleh diadakan di tokong, dewan sekolah rumah anggota-anggota persatuan Cina.

Brunei turut melarang penggunaan mercun dan bunga api yang digunakan secara tradisi ketika perayaan itu.

Pada 7 Februari lalu, The Brunei Times melaporkan bahawa khutbah Jumaat negara itu menyeru orang Islam menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah. MALAYSIAKINI.COM

Ucapan takziah Ibrahim Ali undang cemuhan

Kenyataan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di Facebook berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial itu. Ini belum termasuk orang kedai kopi yang rancak membincangkan kebiadaban Ibrahim Ali.

Ibrahim Ali seorang yang tidak sensetif. Dalam tulisannya menyebut bahawa pemergian Nik Abdul Aziz pada malam tadi “tidak mengejutkan” kerana “sudah lama tidak sihat”. Ibrahim juga mendakwa allahyarham “tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri Kelantan”.

Walaupun kenyataan beliau sudah dipadamkan tetapi kenyataan itu sudah tersebar luas di blog-blog, media sosial yang akan sentiasa mengenang Ibrahim Ali sebagai seorang yang biadab kata para pengkritik.


Ibrahim Ali buat kenduri sempena Anwar masuk penjara

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berasa sangat gembira kerana doa meraka supaya Anwar Ibrahim disumbat dalam penjara dimakbulkan. Sebagai rasa kesyukuran Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mungkin akan mengadakan kenduri besar-besaran di kediaman presiden Perkasa. Buat masa ini presiden berada di luar negara. Baca selanjutnya ..