Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Pesawat Air Asia dilaporkan hilang

PESAWAT AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi ini setelah dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Memetik laporan Kompas.com, pesawat itu dilaporkan berangkat dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 8.30 waktu tempatan.

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu jenis Airbus 320-200 dengan 155 orang penumpang berada dalamnya.


Kondom bersepah di bangunan bekas kuarters kerajaan

PASIR GUDANG - Perasaan ingin tahu seorang penduduk berikutan kelibat beberapa pasangan remaja yang kerap mengunjungi bangunan tinggal di Jalan Sena kawasan Sungai Buluh, di sini membawa kepada penemuan mengejutkan.

Razali Ngah, 48, berkata, bangunan bekas kuarters kerajaan yang ditinggalkan sejak lebih 15 tahun lalu itu menjadi ‘port maksiat’ apabila menemui banyak kondom dan tisu terpakai bertaburan di beberapa bilik bangunan lima tingkat berkenaan.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila kebanyakan perempuan yang membonceng motosikal pasangan lelaki masing-masing yang masuk ke bangunan berkenaan lengkap bertudung.

Muka pembuli jalanraya di semenanjung

Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menyerang kenderaan rasmi kerajaan milik Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, dalam satu kejadian di Jalan Reko menuju ke Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK), Selasa lalu.

Mangsa 23 tahun, pemandu Jabatan Kesihatan Hulu Langat memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas dihalang oleh suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi. Katanya, suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandunya.

“Selepas itu, suspek bertindak mengeluarkan pengunci stereng dan meluru ke arah kenderaan dipandu mangsa, sebelum memukul cermin sehingga pecah.

Piala AFF: Khairy harap Vietnam jamin keselamatan

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap pihak berkuasa Vietnam memberi perhatian serius mengenai spekulasi ancaman terhadap penyokong Malaysia menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi, Vietnam malam ini.

Ancaman itu ekoran kegagalan pihak berkuasa Malaysia menjamin keselamatan penyokong Vietnam semasa perlawanan Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam Ahad lalu. Dalam perlawanan itu sekumpulan penyokong Malaysia merusuh dan mencederakan beberapa penyokong Vietnam yang menjadi viral di media sosial.

Berikutan insiden itu polis telah melakukan beberapa tangkapan namun tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka.


Pasaraya di Terengganu wajib tutup waktu solat jumaat

Pengusaha pasaraya di Terengganu diminta menangguhkan operasi perniagaan ketika waktu solat Jumaat mulai Januari tahun depan. Pengusaha pasaraya yang ingkar  akan dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian. Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tindakan itu akan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing.

Penangguhan selama dua jam antara 12.30 hingga 2.30 petang setiap Jumaat. Semua pasar raya di seluruh negeri Terengganu bakal ditutup operasinya selama dua jam pada setiap Jumaat ketika waktu solat Jumaat diadakan bermula 1 Januari depan.

Pengusaha yang ingkar akan dikeluarkan notis kesalahan ingkar dan dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi syarat dan sekatan yang dikeluarkan. Manakala jika berlaku kesalahan berulang, lesen perniagaan akan dibatalkan dan diarahkan tutup premis.