KOTA KINABALU: Polis mengepung empat blok rumah kedai di Penampang selepas berlaku insiden berbalas tembakan antara polis dan kumpulan yang dipercayai perompak bersenjata.

Pemilik kedai diarahkan untuk menutup premis mereka dan pemilik kenderaan diarahkan untuk mengalihkan kenderaan mereka kerana polis memberi tumpuan terhadap salah sebuah kedai yang terletak di tengah blok bangunan tersebut.

Jurugambar tidak dibenarkan untuk mengambil gambar manakala Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar dilihat mengarahkan anak buahnya dan menasihatkan orang ramai untuk meninggalkan lokasi itu.

Beberapa individu yang berada dekat dengan lokasi kejadian berkata, mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.

Sementara itu, beberapa saksi lain mendakwa dua individu disyaki perompak terbunuh.




Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.