Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Polis berbalas tembakan dengan perompak di Penampang

KOTA KINABALU: Polis mengepung empat blok rumah kedai di Penampang selepas berlaku insiden berbalas tembakan antara polis dan kumpulan yang dipercayai perompak bersenjata.

Pemilik kedai diarahkan untuk menutup premis mereka dan pemilik kenderaan diarahkan untuk mengalihkan kenderaan mereka kerana polis memberi tumpuan terhadap salah sebuah kedai yang terletak di tengah blok bangunan tersebut.

Jurugambar tidak dibenarkan untuk mengambil gambar manakala Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar dilihat mengarahkan anak buahnya dan menasihatkan orang ramai untuk meninggalkan lokasi itu.

Beberapa individu yang berada dekat dengan lokasi kejadian berkata, mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.

Sementara itu, beberapa saksi lain mendakwa dua individu disyaki perompak terbunuh.




Guru wanita ditemui mati di rumahnya

RANAU: Seorang guru wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu rumahnya berhampiran kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, di sini, pagi tadi.

Mayat Masinah Samadi, 50, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh suaminya yang pulang dari kerja kira-kira jam 10.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata polis menemui kesan umpil pada bahagian pintu dapur rumah mangsa, dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediaman itu. Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan, namun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.