Enam individu misteri yang kelibat mereka sering kelihatan berada di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarah beredar.

Maklumat itu disahkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui kemaskini terbaru di Facebook rasmi PDRM hari ini.

Sejak Selasa lalu, dua warga asing dilaporkan melakukan aktiviti mengambil gambar dan nombor setiap pesawat di KLIA.

Semalam, enam lagi individu dikesan turut melakukan aktiviti sama.

Semua individu warga Inggeris terbabit dilihat duduk di anjung tinjau KLIA sambil meneropong setiap pesawat sebelum mengambil gambar dan merekodkan nombor pesawat di landasan.

Aktiviti mereka itu menarik perhatian anggota keselamatan yang kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu. ASTRO AWANI

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.