Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar awam sejurus sebelum itu.

Bagaimanapun, lokasi sebenar pesawat tersebut kini masih belum dapat disahkan, kata Najib yang menjelaskan pasukan penyiasat kini sedang meneruskan usaha menentukan haluan pesawat berkenaan.

“Pasukan penyiasat sedang membuat pengiraan yang akan menentukan sejauh mana pesawat itu mungkin terbang selepas lokasi terakhir ini.

“Berdasarkan data baru, isyarat terakhir di antara pesawat dan satelit tersebut pada jam 8.11 pagi waktu Malaysia pada hari Sabtu 8 Mac,” katanya dalam satu sidang media di bangunan hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya ia adalah berdasarkan data yang diselidik oleh pihak berkuasa Malaysia dan juga tenaga pakar antarabangsa yang bekerjasama untuk tujuan terssebut.

“Hari ini, berdasarkan data satelit yang diperolehi daripada saletit dan penyedia perkhidmatan, kami boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data utama (tentera).

Najib juga mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa sistem komunikasi pesawat berkenaan dimatikan secara sengaja, satu demi satu.

Pergerakan pesawatyang dikesan oleh radar tentera juga menunjukkan ia adalah hasil tindakan seseorang di dalam pesawat, kata Najib.

Sejurus kemudian, alat transponder yang menentukan kedudukan pesawat itu pula dimatikan, kata Najib yang menceritakan semula rentetan peristiwa pada hari tersebut.

Seterusnya, radar Tentera Udara Diraja Malaysia mengesan pesawat berkenaan membuat berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia. Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut.

Mengulas mengenai laporan didakwa mengesahkan MH370 dirampas, Najib berkata beliau maklum dengan laporan media.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.