Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Pesawat Air Asia dilaporkan hilang

PESAWAT AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi ini setelah dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Memetik laporan Kompas.com, pesawat itu dilaporkan berangkat dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 8.30 waktu tempatan.

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu jenis Airbus 320-200 dengan 155 orang penumpang berada dalamnya.


Kondom bersepah di bangunan bekas kuarters kerajaan

PASIR GUDANG - Perasaan ingin tahu seorang penduduk berikutan kelibat beberapa pasangan remaja yang kerap mengunjungi bangunan tinggal di Jalan Sena kawasan Sungai Buluh, di sini membawa kepada penemuan mengejutkan.

Razali Ngah, 48, berkata, bangunan bekas kuarters kerajaan yang ditinggalkan sejak lebih 15 tahun lalu itu menjadi ‘port maksiat’ apabila menemui banyak kondom dan tisu terpakai bertaburan di beberapa bilik bangunan lima tingkat berkenaan.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila kebanyakan perempuan yang membonceng motosikal pasangan lelaki masing-masing yang masuk ke bangunan berkenaan lengkap bertudung.

Muka pembuli jalanraya di semenanjung

Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menyerang kenderaan rasmi kerajaan milik Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, dalam satu kejadian di Jalan Reko menuju ke Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK), Selasa lalu.

Mangsa 23 tahun, pemandu Jabatan Kesihatan Hulu Langat memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas dihalang oleh suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi. Katanya, suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandunya.

“Selepas itu, suspek bertindak mengeluarkan pengunci stereng dan meluru ke arah kenderaan dipandu mangsa, sebelum memukul cermin sehingga pecah.

Piala AFF: Khairy harap Vietnam jamin keselamatan

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap pihak berkuasa Vietnam memberi perhatian serius mengenai spekulasi ancaman terhadap penyokong Malaysia menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi, Vietnam malam ini.

Ancaman itu ekoran kegagalan pihak berkuasa Malaysia menjamin keselamatan penyokong Vietnam semasa perlawanan Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam Ahad lalu. Dalam perlawanan itu sekumpulan penyokong Malaysia merusuh dan mencederakan beberapa penyokong Vietnam yang menjadi viral di media sosial.

Berikutan insiden itu polis telah melakukan beberapa tangkapan namun tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka.


Pasaraya di Terengganu wajib tutup waktu solat jumaat

Pengusaha pasaraya di Terengganu diminta menangguhkan operasi perniagaan ketika waktu solat Jumaat mulai Januari tahun depan. Pengusaha pasaraya yang ingkar  akan dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian. Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tindakan itu akan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing.

Penangguhan selama dua jam antara 12.30 hingga 2.30 petang setiap Jumaat. Semua pasar raya di seluruh negeri Terengganu bakal ditutup operasinya selama dua jam pada setiap Jumaat ketika waktu solat Jumaat diadakan bermula 1 Januari depan.

Pengusaha yang ingkar akan dikeluarkan notis kesalahan ingkar dan dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi syarat dan sekatan yang dikeluarkan. Manakala jika berlaku kesalahan berulang, lesen perniagaan akan dibatalkan dan diarahkan tutup premis.



Bukti jet Ukraine tembak MH17

MOSCOW – Sebuah stesen televisyen utama di Rusia semalam menyiarkan satu imej satelit yang menunjukkan sebuah jet pejuang menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine, pada 17 Julai lalu.

Stesen televisyen Channel One TV mendakwa, imej satelit yang dibocorkan tersebut adalah bukti kukuh bahawa Ukraine bertanggungjawab dalam tragedi yang membunuh semua 283 penumpang pesawat MH17 itu.

Imej itu dikeluarkan ketika Presiden Rusia, Vladimir Putin dan beberapa pemimpin Eropah menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 di Australia.

Seorang penyampai berita Channel One TV, Mikhail Leontiev berkata, imej itu diberikan oleh satu sumber misteri dan ia menunjukkan sebuah pesawat pejuang MIG-29 dipercayai milik Ukraine menembak jatuh MH17.

“Mereka sengaja menyembunyikan kejadian ini dan mempunyai semua maklumat penuh,” katanya.

Ujarnya, imej itu yang dirakam oleh sebuah satelit pengintip asing merakamkan detik-detik pesawat MH17 terbang di ruang udara Ukraine sebelum ditembak ja…

Polis berbalas tembakan dengan perompak di Penampang

KOTA KINABALU: Polis mengepung empat blok rumah kedai di Penampang selepas berlaku insiden berbalas tembakan antara polis dan kumpulan yang dipercayai perompak bersenjata.

Pemilik kedai diarahkan untuk menutup premis mereka dan pemilik kenderaan diarahkan untuk mengalihkan kenderaan mereka kerana polis memberi tumpuan terhadap salah sebuah kedai yang terletak di tengah blok bangunan tersebut.

Jurugambar tidak dibenarkan untuk mengambil gambar manakala Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar dilihat mengarahkan anak buahnya dan menasihatkan orang ramai untuk meninggalkan lokasi itu.

Beberapa individu yang berada dekat dengan lokasi kejadian berkata, mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.

Sementara itu, beberapa saksi lain mendakwa dua individu disyaki perompak terbunuh.




Guru wanita ditemui mati di rumahnya

RANAU: Seorang guru wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu rumahnya berhampiran kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, di sini, pagi tadi.

Mayat Masinah Samadi, 50, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh suaminya yang pulang dari kerja kira-kira jam 10.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata polis menemui kesan umpil pada bahagian pintu dapur rumah mangsa, dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediaman itu. Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan, namun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.


Penculik Zakiah tolak wang tebusan

Ardyhansah Amat | www.hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Kumpulan penculik dari Selatan Filipina menolak tawaran sejumlah wang tebusan bagi membolehkan pembebasan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Konstabel Zakiah Aleip yang diculik pada 12 Julai lalu.

Difahamkan, penolakan itu dibuat selepas jumlah wang tebusan yang ditawarkan itu kurang separuh daripada jumlah yang diminta mereka sebagai syarat pembebasan Zakiah.

Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemui mengesahkan perkara itu dan menjelaskan rundingan masih lagi diteruskan pihaknya dengan kumpulan penculik.

“Kami menawarkan satu jumlah (wang tebusan) munasabah iaitu separuh daripada harga yang diminta namun kumpulan penculik ini enggan menerimanya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga kini Zakiah masih berada di bawah pengawasan penculik dalam keadaan selamat.

“Setakat ini (semalam), sebanyak 68 panggilan direkodkan daripada Zakiah dan kali terakhir sekitar jam 2.14 petang semalam (kelmarin).

“Mala…

MH370 - Enam individu misteri dikesan di anjung tinjau KLIA

Enam individu misteri yang kelibat mereka sering kelihatan berada di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarah beredar.

Maklumat itu disahkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui kemaskini terbaru di Facebook rasmi PDRM hari ini.

Sejak Selasa lalu, dua warga asing dilaporkan melakukan aktiviti mengambil gambar dan nombor setiap pesawat di KLIA.

Semalam, enam lagi individu dikesan turut melakukan aktiviti sama.

Semua individu warga Inggeris terbabit dilihat duduk di anjung tinjau KLIA sambil meneropong setiap pesawat sebelum mengambil gambar dan merekodkan nombor pesawat di landasan.

Aktiviti mereka itu menarik perhatian anggota keselamatan yang kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu. ASTRO AWANI

Insiden konsert Future Music Festival Asia 2014

Lima individu meninggal dunia manakala empat lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri satu konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi, lapor Star Online.

Sembilan orang dilaporkan didakwa mengambil methamphetamine dan pengsan di tempat konsert Future Music Festival Asia 2014 berlangsung.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam ini, telah dibatalkan.

Konsert tiga hari itu dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis.

Laporan itu berkata seorang mati di tempat itu manakala seorang lagi mati ketika dikejarkan ke hospital.

Tiga yang lain mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Semuanya adalah rakyat Malaysia yang berumur antara 21 dan 28 tahun.

Mohmad dipetik sebagai berkata, semuanya didapati positif dadah dan kematian itu telah diklasifikasikan sebagai sebaga…

MH370 dirampas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar awam sejurus sebelum itu.

Bagaimanapun, lokasi sebenar pesawat tersebut kini masih belum dapat disahkan, kata Najib yang menjelaskan pasukan penyiasat kini sedang meneruskan usaha menentukan haluan pesawat berkenaan.

“Pasukan penyiasat sedang membuat pengiraan yang akan menentukan sejauh mana pesawat itu mungkin terbang selepas lokasi terakhir ini.

“Berdasarkan data baru, isyarat terakhir di antara pesawat dan satelit tersebut pada jam 8.11 pagi waktu Malaysia pada hari Sabtu 8 Mac,” katanya dalam satu sidang media di bangunan hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya ia adalah berdasarkan data yang diselidik oleh pihak berkuasa Malaysia dan juga tenaga pakar antarabangsa yang bekerjasama untuk tujuan terssebut.

“Hari ini, berdasarkan data satelit yang diper…

Satu Malaysia mahu tampar raja bomoh

Semalam Ibrahim Mat Zin meluahkan kemarahan kepada KJ dengan menamparnya seperti buaya. Beliau marah apabila KJ meminta pihak berkuasa menangkap Ibrahim Mat Zin selepas melakukan ritual teropong kapal terbang MH370 yang hilang.

Ibrahim Mat Zin seorang mahu menampar KJ walaupun beliau mendakwa mempunyai pengikut 40 juta, tetapi sesuatu yang dia tidak sedar, sebenarnya satu Malaysia mahu menampar Ibrahim Mat Zin kerana memalukan rakyat Malaysia. Perbuatan Ibrahim Mat Zin meletakkan Malaysia seolah-oleh masih di zaman Hang Tuah yang tidak mempunyai teknologi canggih. Dia tidak sedarkah dia ke KLIA ikut kereta dan bukannya naik tikar terbang??


Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..


MH370 - Ibrahim Mat Zin mahu tampar KJ macam buaya

Saya tampar KJ macam buaya, baru dia tahu. Itu kenyataan Raja bomoh sedunia Ibrahim Mat Zin yang berang dengan KJ kerana mendesak pihak berkuasa menangkap beliau (Ibrahim Mat Zin) atas tindakannya memalukan rakyat Malaysia mencari MH370 yang hilang dengan menggunakan teropong buluh dan ala zam zam alakazam P.Ramlee.

Bomoh sudah sewel aganya. Sehingga kini raja bomoh ini masih gagal menunjukkan lokasi sebenar MH370 yang hilang. Jika benar hebat tunjukkan lokasi yang tepat..Jika tidak mampu tunjukkan, raja bomoh terbukti sewel.

Peliknya, laporan terkini rakyat Malaysia cuma 30 juta orang tetapi Ibrahim Mat Zin mendakwa dia mempunyai 40 juta pengikut yang bersedia mengiringinya ke mahkamah. Persoalannya dari mana datangnya 40 juta itu?



MH370: Misi SAR kini babitkan 43 kapal, 40 pesawat

Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, kini babitkan 43 kapal dan 40 kapal terbang pelbagai negara, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

MH370 - Kapal AS diarah ke Lautan Hindi

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) hari ini mengarahkan kapalnya menghala ke Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia yang hilang.

Tumpuan usaha mencari dan menyelamat (SAR) beralih dari Laut China Selatan selepas Rumah Putih berkata mereka memperoleh 'petunjuk baru' bahawa MH370 berkemungkinan terbang ke arah barat di Lautan Hindi.

MH370 Hilang - Hari ke tujuh pencarian

Hari ini masuk hari ketujuh pencarian MH370 yang hilang secara misteri. Banyak spekulasi yang dinyatakan dan yang dikongsikan di internet. Namun sehingga kini tidak ada perkembangan positif pencarian MH370. Semoga pihak berkuasa terus tabah dan semoga rakyat Malaysia terus berdoa agar pencarian dapat dipermudahkan.