Kebaikan, kepentingan rakyat serta negara diutama

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan memastikan mandat yang diberi rakyat kepada Barisan Nasional (BN) akan digunakan untuk kebaikan dan kepentingan rakyat serta negara.

Perdana Menteri berkata, komitmen itu akan diterjemahkan BN dengan melaksanakan khidmat kepada rakyat dan memastikan semua aku janji BN dilaksanakan sepenuhnya.

BN terima apa juga keputusan rakyat untuk melangkah ke depan bagi mengisi agenda transformasi nasional untuk wawasan negara," Datuk Seri Najib Razak

“Kita akan pastikan untuk tempoh lima tahun ini, akan berlangsung pentadbiran yang boleh meyakinkan rakyat.

“Walaupun mendapat tentangan hebat bukan saja sepanjang kempen, tetapi sejak lima tahun lalu, tetapi Alhamdulillah BN tetap kembali berkuasa,” katanya di hadapan penyokong BN di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, awal pagi kelmarin.

BN berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah dengan memenangi 133 kerusi, sekali gus meneruskan tradisi memerintah negara sejak 55 tahun lalu.

Parti itu juga dapat merampas kembali Kedah yang dirampas pakatan pembangkang pada 2008.
BN kemudi wawasan

Perdana Menteri berkata, amalan demokrasi terbuka yang diamalkan BN adalah jelas walaupun berhadapan putar-belit pembangkang, termasuk isu membawa masuk pekerja Bangladesh dan menimbulkan isu perkauman.

“Pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap BN, tetapi akhirnya rakyat memilih juga BN dan ia akan membolehkan parti ini terus berkuasa tanpa henti,” katanya.

Beliau berkata, seperti mana BN menerima keputusan PRU, beliau mengharapkan pembangkang juga berbuat demikian dan tidak membazir masa dengan berpolitik hingga terlupa bahawa rakyat dan negara lebih penting.

“BN terima apa juga keputusan rakyat untuk melangkah ke depan bagi mengisi agenda transformasi nasional untuk wawasan negara,” katanya.-Bharian


borneomail : Tidak sabar tunggu harga kereta turun..

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.