Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Bos kastam mati ditembak 3 das di kepala, leher

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak mati pada jam 8.15 pagi ini ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Beliau dilapor sebagai berkata, allahyarham bersama pemandu dalam perjalanan dari rumah di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

"Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala," Ku dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata allahyarham adalah seorang pegawai kanan yang berkali…

PRU 13 : Calon Pilihanraya ADUN Sabah

N1 BANGGI
STAR
Datu Mohd Arifin Datu Abdul Salam
BN
Abd Mijul Unaini
BEBAS
Mursalim Tanjul
SAPP
Jae-Ly Medong
PKR
Datu Abdul Razak Datu Abdul Salam

N10 SULAMAN
BN
Datuk Hajiji Mohd Noor
STAR
David Orok
BEBAS
Arifin Harith
PKR
Gelandin @ Ghulabdin Injih
BEBAS
Ali Akhbar Kawi

N11 KIULU
SAPP
Tindil Gonsobil
BEBAS
John Hussein
PKR
Rhodes Panilau
STAR
Terence Sinti
BN
Datuk Joniston Bangkuai

N12 KARAMBUNAI
PKR
Muali Aching
BEBAS
Ag Maidin Apong
SAPP
Aziz Ibrahim
BEBAS
Rano Susulan
BN
Datuk Jianb Ahmad

N13 INANAM
PKR
Dr Roland Chia
SAPP
Datuk Eric Majimbun
BN
Joseph Latip

N14 LIKAS
STAR
Ho Cheong Tshun
BN
Chin Shu Ying
SAPP
Yong Peck Lee
DAP
Wong Hong Jun

N15 API-API
BN
Datuk Dr Yee Moh Chai
SAPP
Wong Yit Ming
PKR
Liew Chin Jin
STAR
Dr Felix Chong
BEBAS
Marcel Jude Joseph

N16 LUYANG
STAR
Jafery Jomion
STAR
Melanie Chia
DAP
Hiew King Cheu
BN
Datuk Agnes Shim

N17 TANJONG ARU
BN
Datuk Edward Yong Oui Fah
PAS
Hamid Ismail
SAPP
Richard Yong We Kong

N18 PETAGAS
STAR
Awang Ahmad Shah
BN
Datuk Yahya Hussin

PRU 13 : Calon Pilihanraya Parlimen Negeri Sabah

P167 KUDAT
SAPP
Mojurip Diyun
PKR
Rahimah Majid
BN
Datuk Abdul Rahim Bakri
STAR
Jutirim Galiban @ Galibi

P168 KOTA MARUDU
STAR
Majamis Timbong
BN
Johnity @ Maximus Ongkili
SAPP
Yuntau Kolod @ Kuntau Kolod
PKR
Maijol Mahap

P169 KOTA BELUD
STAR
Jaluman Bayogoh
BEBAS
Lamsil Amidsor
BN
Datuk Abd Rahman Dahlan
BEBAS
Kanul Gindol
PKR
Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy

P170 TUARAN
BEBAS
Erveana Ansari Ali
BN
Madius Tangau
PKR
Mojilip Bumburing @ Wilfred
STAR
Samin @ Jasmin Dulin

P171 SEPANGGAR
SAPP
Chin Hon Keong
STAR
Daniel John Jambun
DAP
Jeffrey Kumin
BN
Datuk Jumat Idris

P172 KOTA KINABALU
DAP
Wong Sze Phin @ Jimmy
BN
Chin Tek Ming
STAR
Liew Hock Leong @ Michael

P173 PUTATAN
DAP
Lee Han Kyun @ Joseph Lee
BN
Makin @ Marcus Mojigoh
STAR
Awang Ahmad Sah
PKR
Duli @ Dullie Mari @ Marie

P174 PENAMPANG
UPKO
Bernard Giluk Dompok
STAR
Melania @ Melanie Annol
PKR
Ignatius Dorell Leiking

P175 PAPAR
STAR
Balon Mujim
PKR
Mohammad Yahya @ Yahya Lampong
BN
Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

P176 KIMANIS
STAR

Rumah Calon PAS Tanjung Batu Tawau di simbah cat merah

Sudah tentu ini kerja Penyokong Barisan Nasional @ UMNO Tanjung Batu sudah terdesak.. Kalau suruh tarik diri lebih baik jadi negara Komunis.




TAWAU: Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu membuat laporan polis selepas bahagian depan rumahnya di Taman Ria di sini disimbah cat merah, awal hari ini.

Fatmawaty Mohd Yusuf, yang juga Bendahari PAS Kalabakan, membuat laporan polis kira-kira 9 pagi di Ibu Pejabat Polis Tawau di sini.
Turut terkena simbahan cat dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu ialah dua kereta yang diletak di garaj rumah berkenaan.

"Tingkap kaca depan rumah turut dipecah, mungkin dibaling dengan batu berbalut kertas. Kertas pembalut batu berkenaan tertera tulisan berbunyi 'Tarik Diri Atau...!!!'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Kata Fatmawaty, beliau membuat laporan polis kerana emosi dan keselamatannya terganggu.

- BERNAMA


UMNO : Tarikh Diri Atau....!!!!!! 

Calon PRU-13 Barisan Nasional Sabah

KOTA KINABALU : Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 25 kerusi Parlimen dan 60 dewan undangan negeri Sabah untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Musa Aman pada Selasa.

PARLIMEN
1. Kudat : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)
2. Kota Marudu: Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS)
3. Kota Belud : Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno)
4. Tuaran : Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko - dicalon semula)
5. Sepanggar : Datuk Jumat Idris (Umno - muka baharu)
6. Kota Kinabalu : Chin Tek Ming (PBS - muka baharu)
7. Putatan : Datuk Marcus Mojigoh (Upko)
8. Penampang : Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko)
9. Papar : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno)
10. Kimanis : Datuk Anifah Aman (Umno)
11. Beaufort : Datuk Azizah Mohd Dun (Umno - bertukar kerusi)
12. Sipitang : Datuk Sapawi Ahmad (Umno)
13. Ranau : Datuk Ewon Ebin (Upko)
14. Keningau : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)
15. Tenom : BELUM MUKTAMAD
16. Pensiangan : BELUM UMUM
17. Beluran : Datuk Ronald Kiande…

BN dijangka letak lebih ramai calon wanita di Sabah

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) dijangka meletakkan lebih ramai calon wanita di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 ini selaras dengan dasar parti untuk meningkatkan penyertaan kaum hawa dalam politik.

Menurut sumber yang dipercayai, antara calon yang dikatakan telah disenarai pendek ialah Ketua Wanita Umno negeri Datuk Armani Mahiruddin, Ketua Wanita MCA negeri Datuk Agnes Shim, tokoh guru Datuk Mary Yap Kain Ching, Jornah Mozihim (Parti Bersatu Sabah - PBS), Ketua Wanita Umno Semporna Manis Muka Dara, Ketua Wanita Umno Silam Saleha Abdul Wahid dan Ketua Puteri Umno Kalabakan Noraini Abdul Ghapur. Pada pilihan raya umum 2008, BN meletakkan enam calon wanita termasuk dua bagi kerusi parlimen iaitu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno) dan Datuk Chua Soon Bui (Parti Maju Sabah - SAPP) yang masing-masing bertanding di Papar dan Tawau.

Empat calon yang bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri ialah Datuk Melanie Chia (SAPP/Luyang), Datuk Jainab Ahmad (Umno/Karambunai), Datuk…

Jeffrey Kitingan sah tanding Parlimen Keningau, Dun Bingkor

KOTA KINABALU - Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

"Ya, saya akan bertanding di Keningau dan Bingkor," katanya kepada Bernama.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau tewas kepada abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Datuk Justin Guka (PBS) bagi kerusi Parlimen Keningau dan DUN Bingkor masing-masing.

Ditanya sama ada Star akan meletakkan calon di DUN Tambunan bagi menentang Pairin, Jeffrey berkata Star masih mempertimbangkan perkara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum kali ini ditetapkan pada 20 April dan hari pengundian pada 5 Mei.

Sementara itu Presiden Parti Maju Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee berkata tempoh berkempen selama 15 hari itu mencukupi bagi partinya. - Bernama

Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin pada PRU Ke 13

BALIK PULAU - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini.

Katanya beliau yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan selama ini beliau mampu mengalahkan Azmin baik di kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri yang ditandingi abangnya itu.

"Tetapi ini semua bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Saya yakin Azmin akan tersungkur kerana sebagai ahli keluarga saya tahu kelemahan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'bongkar', di Kampung Sungai Pinang, di sini malam tadi.

Pada masa yang sama Ummi berkata beliau akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu berkaitan Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang saya lakukan ini bukan kerja main-main kerana rakyat harus disedarkan supaya tidak tersal…