PUTRAJAYA 15 Mac - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menyiasat dakwaan terdapat dalam kalangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah memiliki dokumen pengenalan diri negara ini.
Gambar Hiasan : mutalibmd.blogspot.com

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, pihaknya sedang menunggu hasil siasatan menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.

"Tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan keadaan tersebut nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPN di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.

Seramai 337 kakitangan JPN menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada majlis tersebut yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Tabung Wira Negara JPN.

Sementara itu, Abu Seman meminta kakitangan JPN sentiasa mengambil langkah berhati-hati apabila menjalankan tugas mengeluarkan dokumen kepada masyarakat.


borneomail : Baru kamu tahu? Pengganas yang dibunuh oleh penduduk Senallang merupakan orang tempatan dan juga seorang imam ( menurut orang Semporna ). Mereka boleh berbahasa Malaysia tetapi tidak menghayati Rukun Negara terutama sekali bahagian Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara..sebab mereka hanya setia kepada sultan mereka yang berada di Filipina. Sebab itulah polis tidak dapat membezakan mana satu kawan dan mana satu lawan. Jika kamu mahu mengenalpasti musuh negara, bawa gambar pengganas yang dibunuh oleh pegawai keselamatan dan tunjukkan kepada orang suluk..anda pasti akan terkejut dengan reaksi mereka....

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.