Buletin TV3 14/3/2013 sekitar pukul 8.00pm-9.00pm

Semasa slot berita tentang pelancaran NGO gerakan BERSATU oleh Ezam Nor, beliau diberi peluang untuk buat ulasan tentang kes Tian Chua yang dihadapkan di mahkamah. Saya terdengar beliau mengatakan bahawa Sabah merupakan jajahan Malaysia..saya bertanya kepada isteri saya sama ada saya salah dengar atau memang benar beliau ada mengatakan Sabah merupakan jajahan Malaysia? Ternyata telinga saya tidak silap sebab isteri saya juga ada mendangar beliau melafazkan kata-kata tersebut.


Kenyataan tersebut amat menyakitkan hati saya sebagai warganegara Malaysia yang tinggal di Sabah. Ini bukan soal politik sebab saya bukan orang politik tetapi melibatkan maruah sebagai penduduk Sabah. Apakah selama ini ada yang beranggapan bahawa Sabah ini dibawah jajahan Malaysia?

Mungkin kita mempunyai pandangan yang berbeza tentang perkataan jajahan dan yang pasti perkataan jajahan bagi saya membawa pengertian yang tidak baik apatah lagi Sabah pernah di bawah jajahan British dan Jepun diera zaman penjajahan?


Kenyataan itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa. Kenapa dan mengapa beliau mengatakan Sabah dibawah jajahan Malaysia? Kebetulan pula di Sabah khususnya di Lahad Datu sedang dalam krisis. Diharap TV3 tidak melakukan usaha untuk memadam rakaman tersebut atau melakukan pengeditan. Saya khuatir ada manusia yang tidak berguna mengambil kesempatan daripada kenyataan tersebut.

Rakyat Sabah rela berada dalam Malaysia bukan untuk dijajah tetapi sebahagian daripada Malaysia. Tetapi jika ada pemimpin Malaysia yang mengatakan Sabah adalah dibawah jajahan Malaysia, sudah tentu ia akan menimbulkan suasana yang tidak baik.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.