KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak membentangkan satu laporan - kertas putih - berhubung insiden di Lahad Datu, ekoran pertumpahan darah kelmarin, dengan memanggil sidang khas Parlimen dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat kini dalam keadaan kebingungan dengan apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.

"Kita minta penjelasan daripada kerajaan tentang status keselamatan negara. Kita mahu tahu sejauh mana keupayaan pertahanan kita?

"Kerana kini rakyat rasa tidak selamat, oleh itu kerajaan perlu kembalikan keyakinan rakyat. Oleh itu minta satu laporan kertas putih dibentangkan segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.


Sumber : sinarharian.com.my

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.