Kenyataan Datuk Hishamuddin..

Selepas Datuk Hishamuddin balik dari lawatannya di Kampung Tanduo buat kali pertama, beliau mengadakan sidang akhbar kemudian mengisytiharkan bahawa penceroboh di Kampung Tanduo bukan pengganas seperti yang di sangka oleh rakyat Sabah. Beliau meyakinkan hasil risikan kumpulan penceroboh ini tidak pernah melakukan aktiviti keganasan...

Akibatnya 8 pihak berkuasa Malaysia terbunuh dibunuh oleh penceroboh yang dikatakan bukan pengganas. Mungkinkah pihak keselamatan lebih berhati-hati jika Menteri Dalam Negeri membuat amaran lebih awal dan seterusnya dapat mengelakkan kehilangan nyawa pegawai keselamatan kita?

Walaupun dalam sidang medianya bersama Datuk Zahid Hamidi ada menyebut perkataan pengganas namun sehingga idea ini ditulis, Datuk Hishamuddin belum menarik kenyataannya sebelum ini. Ini bermakna beliau masih beranggapan penceroboh tersebut bukan pengganas.

Menurut kamus dewan edisi keempat ( MS 429 ), ganas membawa maksud menyerang, mengamuk, membunuh dan sebagainya. Bagi pendapat saya, layaklah penceroboh tersebut dilabel sebagai pengganas kerana membunuh pegawai keselamatan Malaysia.


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_12/Penceroboh-di-Sabah-bukan-pengganas

Kenyataan Datuk Nazri Aziz..

Menteri ini pernah berkata bahawa kehadiran pendatang asing di Sabah tidak membahayakan keselamatan penduduk Sabah dan Negara Malaysia. Namun apa yang saya nampak sekarang, bukan sahaja pendatang haram ini membantu kemasukan penceroboh dari Selatan Filipina, mereka juga turut bersama-sama menentang pihak berkuasa. Akhirnya Malaysia kehilangan 8 nyawa anggota keselamatan.



Kenyataan Tian Chua..

Tian Chua pula menyatakan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu merupakan sendiwara terbaik UMNO untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Kenyataan beliau dikatakan menghina pegawai keselamatan yang gugur semasa bertempur dengan penceroboh Filipina dengan dibantu oleh pendatang asing yang dikatakan bukan pengganas oleh Datuk Hishamuddin dan tidak mengancam keselamatan rakyat Sabah menurut Datuk Nazri..

Kenyataan beliau menyebabkan orang-orang tertentu  buat report sana sini dan membakar patung Tian Chua.



Apa yang membuatkan rakyat Sabah marah??

Mengapa tidak ada seorangpun yang menyelar kenyataan Datuk Hishamuddin dan Datuk Nazri Aziz walaupun sudah terbukti penceroboh tersebut melakukan keganasan dengan membunuh pegawai keselamatan Malaysia malah menyebabkan rakyat Sabah hidup dalam ketakutan?

Tanya diri sendiri mana satu kenyataan yang benar-benar menghina rakyat Sabah. Nilai sendiri mana satu kenyataan yang mengancam keselamatan rakyat Sabah. Berfikir dengan rasional dan bukan dengan emosional. Buat rumusan sendiri bagaimana setiap kenyataan itu mengguris perasaan rakyat Sabah.



Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.