Posts

Showing posts from March, 2013

Siapa dia papagomo?

Image
Rupanya ada kes jenayah..bukan saya cakap tapi polis yang cakap..


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.

Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.

Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.

“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.

“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mo…

Lebih baik bubar automatik

Image
FARUSH KHAN, RISWANDI RAZAK DAN RIDAUDDIN DAUD

DENGAN Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya hari ini, tinggal 11 negeri lagi, kecuali Sarawak dan Parlimen, yang masih belum dibubarkan.

Rakyat kini boleh mengira dengan sendiri detik 30 hari bermula hari ini sehingga tarikh pembubaran secara automatik bagi Parlimen Malaysia pada 28 April 2013.

Jika ini berlaku, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi pemimpin negara pertama yang membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya dan menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun yang diberikan.

Ini kerana walaupun sebelum ini negara pernah mengalami tempoh pemerintahan lima tahun iaitu dari 1969 sehingga 1974, namun ianya berlangsung secara tidak normal kerana Parlimen pernah digantung akibat tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif, terutama dari segi pembangun…

Lagi militan mati ditembak di Kampung Simunul Semporna

Image
LAHAD DATU - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan ena…

Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir

Image
KOTA BHARU- Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya.

Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.

“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.

“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.

Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyeba…

Rumah air di Sabah patut diroboh

Image
Penempatan antara lokasi pengganas serang hendap pasukan keselamatan



Semporna: Pihak berkuasa keselamatan akan mencadangkan kepada kerajaan untuk merobohkan penempatan atas air haram termasuk di 21 pulau berpenghuni di daerah ini bagi meningkatkan tahap keselamatan.
Cadangan itu termasuk di Kampung Simunul dan Srijaya, lokasi pengganas menyerang hendap anggota keselamatan hingga menyebabkan enam anggota polis terkorban pada 2 Mac lalu.


iklan : Dapatkan naskah berita harian hari ini..

Pengganas Sulu miliki dokumen

Image
PUTRAJAYA 15 Mac - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menyiasat dakwaan terdapat dalam kalangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah memiliki dokumen pengenalan diri negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, pihaknya sedang menunggu hasil siasatan menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.

"Tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan keadaan tersebut nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPN di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.

Seramai 337 kakitangan JPN menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada majlis tersebut yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Tabung Wira Negara JPN.

Sementara itu, Abu Seman meminta kakitangan JPN sentiasa mengambil langkah berhati-hati apabila menjalankan tugas mengeluarkan dokumen kepada masyarakat.


borneomail : Baru kamu tahu? Pengganas yang dibunuh oleh penduduk Senallang merupakan orang tempatan dan juga se…

Filipina temui bukti dalang pencerobohan Lahad Datu

Image
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my



TAIPING 15 Mac - Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

borneomail : Siapapun dalang pencerobohan, tragedi ini harus dijadikan iktibar oleh menteri, pihak berkuasa dan orang awam...halau pendatang haram di Sabah.



PM ucap tahniah kepada Pope Francis I

Image
15 Mac 2013- Sinarharian

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuskan ucapan tahniah kepada Pope Francis I atas pelantikan beliau sebagai pemimpin baharu Gereja Roman Katolik sedunia.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya penganut Roman Katolik, saya dengan sukacita mengucapkan tahniah atas pelantikan Yang Berbahagia Tuan sebagai pemimpin tertinggi Gereja Roman Katolik ke-266," katanya dalam perutusan kepada pemimpin tertinggi gereja Roman Katolik itu, yang salinannya dihantar kepada Bernama di sini.

Perdana Menteri juga melahirkan harapan agar hubungan diplomatik antara Malaysia dan Holy See -- kerajaan universal Gereja Katolik -- yang ditubuhkan pada 2011, akan terus berkembang dan kukuh di bawah kepimpinan Pope Francis.

"Hubungan dua hala antara kita semakin berkembang sejak terjalinnya hubungan diplomatik yang penuh bersejarah pada 2011.

"Saya dengan ikhlas berharap agar di bawah kepimpinan yang Berbahagia Tuan, …

Tujuh dosa besar pembangkang kata PM

Image
TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti Pas ialah :


1. Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam.

PM juga membenarkan penggunaan Allah kepada umat kristian di Sarawak dan Sabah semasa kempen pilihanraya negeri di Sarawak.

2. membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing.

3. Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu.

4. Kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP.

5. PAS gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan.

6. Mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

7.  ?



Tian Chua dituduh menghasut

Image
Kuala Lumpur: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghasut, kerana didakwa mengaitkan kerajaan dan UMNO dengan pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu.

Tian Chua atau nama sebenar Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.

Perkataan menghasut 

Ahli Parlimen Batu itu didakwa menyebut perkataan menghasut itu berasaskan kenyataan berikut:

- Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat:

- Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

- Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah, dan
- Ada konspirasi oleh kerajaan UMN…

Samsung lancar Galaxy S4

Image
NEW YORK: Samsung terus menyemarakkan segmen telefon pintar global apabila syarikat itu melancarkan Galaxy S4 sebentar tadi.

"Untuk setiap individu kehidupan ini adalah satu perjalanan . Apa yang kami mahu tampilkan adalah peranti yang boleh dibawa bersama ke mana saja; atau teman yang dapat membantu kita menjalani kehidupan lebih bermakna," kata Ketua Jabatan Komunikasi Mudah Alih Samsung di sini, sebentar tadi.

Gergasi produk elektronik Korea Selatan itu memperkenalkan siri telefon pintar daripada model Galaxy di Dewan Muzik Bandar Radio menerusi satu majlis berkonsepkan persembahan teater sebagai usaha menampilkan kelainan ketika melancarkan produk baru mereka.

Pada masa sama, Samsung turut mengumumkan model terkini telefon pintar Galaxy S4 akan dipasarkan ke 155 negara pada penghujung April depan.

Galaxy S4 yang menampilkan ciri lebih nipis dan kaya dengan pelbagai aplikasi terkini turut dilengkapi teknologi Definisi Tinggi, saiz skrin pada 12.7 sentimeter serta keupaya…

Dalang rancang serang ketika PRU-13

Image
LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.


Langgan Utusan Hari Ini Untuk Berita Lanjut...

Ezam Nor hina rakyat Sabah

Image
Buletin TV3 14/3/2013 sekitar pukul 8.00pm-9.00pm

Semasa slot berita tentang pelancaran NGO gerakan BERSATU oleh Ezam Nor, beliau diberi peluang untuk buat ulasan tentang kes Tian Chua yang dihadapkan di mahkamah. Saya terdengar beliau mengatakan bahawa Sabah merupakan jajahan Malaysia..saya bertanya kepada isteri saya sama ada saya salah dengar atau memang benar beliau ada mengatakan Sabah merupakan jajahan Malaysia? Ternyata telinga saya tidak silap sebab isteri saya juga ada mendangar beliau melafazkan kata-kata tersebut.


Kenyataan tersebut amat menyakitkan hati saya sebagai warganegara Malaysia yang tinggal di Sabah. Ini bukan soal politik sebab saya bukan orang politik tetapi melibatkan maruah sebagai penduduk Sabah. Apakah selama ini ada yang beranggapan bahawa Sabah ini dibawah jajahan Malaysia?

Mungkin kita mempunyai pandangan yang berbeza tentang perkataan jajahan dan yang pasti perkataan jajahan bagi saya membawa pengertian yang tidak baik apatah lagi Sabah pernah di bawah j…

Menjaga keselamatan Sabah tanggungjawab bersama

Image
Tanggungjawab menjaga keselamatan negeri Sabah bukan terletak di tangan pihak berkuasa tetapi juga rakyat Sabah yang cintakan keamanan. Tanggungjawab pihak berkuasa ialah menangkap orang yang cuba membuat kekacauan. Sementara rakyat Sabah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melapor jika melihat pergerakan atau aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negeri Sabah. Selain daripada itu rakyat Sabah digesa supaya tidak menggaji pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen.


LAHAD DATU : Pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Sabah membuka mata masyarakat bahawa tanggungjawab menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara melibatkan seluruh rakyat Malaysia.

Insiden berdarah yang menyebabkan lapan anggota pasukan keselamatan negara terkorban itu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Reaksi pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog antaranya meluahkan rasa marah de…

Wartawan terserempak penceroboh di Tanjung Labian

Image
LAHAD DATU - Sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat dekat sini hari ini.

Lebih mencemaskan, lapan wartawan dari pelbagai syarikat media itu "dipaksa" berlari bersama penduduk yang secara tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian dan bertempiaran meninggalkan kampung itu.

Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu melibatkan wartawan dan jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), jurugambar The Star, New Straits Times serta jurukamera dan pemberita Bernama TV dan Al-Hijrah.  

Mengimbas kembali, wartawan Bernama Mohd Hisham Abdul Rafar berkata pada mulanya beliau bersama rakan media mendapati perkampungan yang dikelilingi ladang kelapa sawit itu lengang dan suram.

Malah, mereka yang tiba dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan Proton Saga juga menggambarkan penempatan itu seolah-olah "kampung berhantu" kerana ru…

Antara kenyataan Datuk Hishamuddin, Datuk Nazri Aziz dan Tian Chua, mana satu yang mengguris perasaan rakyat Sabah?

Image
Kenyataan Datuk Hishamuddin..

Selepas Datuk Hishamuddin balik dari lawatannya di Kampung Tanduo buat kali pertama, beliau mengadakan sidang akhbar kemudian mengisytiharkan bahawa penceroboh di Kampung Tanduo bukan pengganas seperti yang di sangka oleh rakyat Sabah. Beliau meyakinkan hasil risikan kumpulan penceroboh ini tidak pernah melakukan aktiviti keganasan...

Akibatnya 8 pihak berkuasa Malaysia terbunuh dibunuh oleh penceroboh yang dikatakan bukan pengganas. Mungkinkah pihak keselamatan lebih berhati-hati jika Menteri Dalam Negeri membuat amaran lebih awal dan seterusnya dapat mengelakkan kehilangan nyawa pegawai keselamatan kita?

Walaupun dalam sidang medianya bersama Datuk Zahid Hamidi ada menyebut perkataan pengganas namun sehingga idea ini ditulis, Datuk Hishamuddin belum menarik kenyataannya sebelum ini. Ini bermakna beliau masih beranggapan penceroboh tersebut bukan pengganas.

Menurut kamus dewan edisi keempat ( MS 429 ), ganas membawa maksud menyerang, mengamuk, membunuh da…

Bapa Saiful mohon maaf kepada Anwar Ibrahim

Image
Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendak…

Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

Image
KUALA LUMPUR - Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak  bertanggungjawab sehingga membawa kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

SinarHarian

IGP: Jeneral Sulu, 31 yang lain terbunuh

Image
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan Malaysia membunuh seramai 31 orang penceroboh Sulu dalam pertempuran di Tanjung Batu pada Rabu malam.

Katanya, pasukan polis menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa sejumlah musuh ditembak dan dipercayai terbunuh.

Beliau juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat.

Jumlah penceroboh yang terbunuh setakat ini adalah 32 orang termasuk seorang di Kampung Tanduo pagi ini.

Malaysiakini.

Polis: Mayat anggota di Semporna diperlaku kejam

Image
dikemaskini Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina.

Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

"Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota
yang…

Isteri Sultan Jamalul kesal kubur pejuang Sulu digali

Image
Isteri Sultan Sultan Jamalul Kiram III kesal dengan tindakan menggali kubur pengikut kesultanan itu yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu, dan berkata ianya bercanggah "dengan ajaran Islam".

"Apabila seorang Muslim meninggal dunia, dia sepatutnya dikebumikan dengan segera. Apa yang mereka buat, mereka menggali 10 mayat tersebut dan ambil gambar," kata Dr Fatima Kiram.

"Itulah yang menimbulkan kemarahan kumpulan (Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu yang mengetuai lebih 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah tersebut)".

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menunjukkan kepada media gambar sembilan mayat ditemui dalam kubur di Kampung Tanduo, di mana kumpulan Azzimudie berkubu (kiri).

Gambar-gambar tersebut ditunjukkan selepas pihak media mengadu bahawa pihak berkuasa tidak menunjukkan hasil serangan pada hari Selasa, termasuk serangan udara terhadap kumpulan Azzimudie.

Pe…

Seorang musuh ditembak di Tanduo: KPN

Image
LAHAD DATU: Seorang pengganas bersenjata dipercayai mati ditembak ketika cuba menyerang hendap pasukan keselamatan pada hari kedua 'Op Daulat' di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pagi ini.

Bagaimana pengganas yang ditembak itu sempat dibawa lari oleh rakan-rakannya yang lain, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pagi ini.
Ismail mengesahkan kumpulan pengganas kini menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Dalam kejadian pada jam 6.45 pagi itu, pasukan polis dan tentera yang meneruskan operasi susulan dan penggeledahan ditembak oleh kumpulan pengganas itu, sebelum pasukan keselamatan membalas tembakan.


"Seorang musuh telah ditembak," kata Ismail, pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Ismail juga mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban atau cedera dalam operasi pagi ini.

Semalam, pasukan keselamatan melancarkan serangan ud…

Selamat bersemadi wira Malaysia DS Micheal Padel

Image
KUCHING: "Terlalu singkat masa saya bersama mendiang, dia kini pergi untuk selamanya," kata Vivian Padel, 42, kakak kepada mendiang Deputi Superintendan Micheal Padel, 36, selepas menghadiri majlis pengebumian, hari ini.

Jenazah pahlawan negara itu selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi dengan penuh adat istiadat polis di Makam Pahlawan, di sini, dihadiri kira-kira 1,000 ahli keluarga dan sahabat handai yang ingin memberikan penghormatan terakhir.
Vivian berkata, dia dan ahli keluarga lain amat merasai kehilangan adik bongsunya itu, namun menerima pemergiannya dengan tabah.

"Kami sekeluarga amat sedih dan sudah pasti isteri mendiang Jabah Mingku, 35 dan anak tunggal mereka Macluie Michael, 11, lagi terasa kehilangannya.

"Saya tidak akan lupa dengan pesanan terakhir mendiang supaya menjaga ibu kami dan keluarganya dengan baik," katanya.


Jenazah Micheal tiba di perkarangan Makam Pahlawan dari Gereja St Theresa, Serian kira-kira jam 10.30 pagi diiringi pasuka…

4 suspek penceroboh ditahan di semporna

Image
SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.



Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.

"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.


Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.


Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu mana…

Sebak bawa keluar jenazah kawan

Image
Lahad Datu: “Kumpulan penceroboh berpakaian celoreng sambil membawa senjata api tidak menyedari pergerakan mereka diperhatikan dari tempat persembunyian kami sejak beberapa hari lalu.

“Namun, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana pada waktu itu, tiada lagi arahan untuk menyerang,” kata seorang anggota komando PDRM yang ditemui di Sub Kuarters Taktikal, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo, di sini, semalam.


Anggota yang berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung itu berkata, ada dalam kalangan mereka hanya membawa parang selain ada yang berlenggang di dalam kampung berkenaan.

“Ada di antara mereka kelihatan agak berusia tetapi ramai juga golongan muda.


“Kejadian tembak menembak sehingga menyebabkan dua rakan kami terkorban menaikkan semangat kami untuk menuntut bela,” katanya.


Terdahulu, sekumpulan wartawan dibenarkan memasuki kawasan itu yang juga menjadi lokasi penempatan pasukan komando sepanjang pencerobohan itu.

Sementara itu, seorang anggota yang diarah mem…

Penduduk Semporna pukul penceroboh sampai mati

Image
SEMPORNA: Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".


"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.


Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelak…

5 polis terkorban di Semporna

Image
LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.


Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

Ismail berkata, anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.


Sinarharian.co…

Ceroboh Sabah: Pakatan gesa kerajaan keluar kertas putih

Image
KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak membentangkan satu laporan - kertas putih - berhubung insiden di Lahad Datu, ekoran pertumpahan darah kelmarin, dengan memanggil sidang khas Parlimen dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat kini dalam keadaan kebingungan dengan apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.

"Kita minta penjelasan daripada kerajaan tentang status keselamatan negara. Kita mahu tahu sejauh mana keupayaan pertahanan kita?

"Kerana kini rakyat rasa tidak selamat, oleh itu kerajaan perlu kembalikan keyakinan rakyat. Oleh itu minta satu laporan kertas putih dibentangkan segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.


Sumber : sinarharian.com.my

Ceroboh Sabah: Najib arah siasat dakwaan pemimpin pembangkang terlibat

Image
KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.

"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.

"Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini hari ini. - Bernama

Hanif: Siasat tuduhan insiden Lahad Datu didalangi pemimpin pembangkang

Image
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Mac 2013

SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat laporan media Filipina yang mendakwa terdapat pemimpin pembangkang Malaysia yang terlibat merancang penyusupan masuk penceroboh di Lahad Datu awal bulan lalu.

Kata beliau, sekiranya laporan tersebut terbukti benar, ia satu tuduhan sangat berat dan perlu disiasat.

Sebelum ini, sebuah media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam parti pembangkang Malaysia didakwa sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu.

Difahamkan, kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III terpedaya dengan janji menyokong pihak mereka dalam tuntutan ke atas Sabah.

Susulan pencerobohan 9 Februari lalu, dalam kejadian jam 10 pagi semalam, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata terbabit turut maut.

Ia turut mencederakan tiga…

Utusan siar laporan seret Anwar dengan Lahad Datu

Image
Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang menyeret nama  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Dalam berita pada halaman sembilan, akhbar itu memaparkan laporan sebuah laman blog bernama MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan itu.

"Portal berita Filipina, Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

"Inquirer News yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia," laporan di Utusan Malaysia itu dipetik.

Berita yang sama turut mendakwa Reuters memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang berkata penceroboh berke…

BN bayar RM1.2 j untuk propaganda anti-Anwar di AS

Image
BN atau sekutunya didakwa membayar beberapa penulis untuk menulis artikel propaganda dalam penerbitan arus perdana di Amerika Syarikat (AS), yang menurut portal berita AS - BuzzFeed - disasarkan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendedahan tersebut dibuat selepas Joshua Trevino (kanan),
yang digambarkan sebagai cendekiawan konservatif, memfailkan 'compulsory disclosure' pada 24 Februari di bawah satu undang-undang AS yang mengkehendaki ejen asing mendaftar.

Dokumen itu telah disiarkan dilamanweb Akta Pendaftaran Ejen Asing (Fara), Jabatan Kehakiman AS.

Dokumen tujuh halaman itu mendedahkan bahawa syarikat pelobi Apco Worldwide, David All Group dan FBC Media telah mendapatkan khidmat Trevino antara Mei 2008 dan April 2011 untuk bertindak bagi pihak  'kerajaan Malaysia, parti pemerintahnya, atau kepentingan yang rapat dengannya'.

Beliau dibayar sebanyak AS$389,724.70 (kira-kira RM1.2 juta) dan satu perjalanan ke Kuala Lumpur untuk kerja-kerja beliau, yan…

Pencerobohan Lahad Datu - Ketua Cawangan UMNO, Tentera Sulu

Image
Oleh : MUTALIB M.D

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad y…