Terdapat penyebaran pelbagai spekulasi dan maklumat palsu tentang kejadian ini. Sebarang spekulasi termasuk daripada media asing merupakan tindakan tidak bertanggungjawab tambahnya lagi.
Penceroboh yang dianggarkan seramai 100 orang itu memasuki Sabah dengan tuntutan supaya kumpulan mereka tidak dikenali sebagai kumpulan militan, selain mahu kerajaan Malaysia tidak menghantar balik penduduk berketurunan Sulu yang tinggal di negeri itu.
Utusan Penipu : Bukan seramai 100 orang tapi lebih 200 - 600 orang. Sumber daripada penduduk kampung dan semboyan yang dipercayai.
One motorboat, locally called a lantsa, can fit 100 people in all. The Royal Sultanate Army used around 3 motorboats, said the mayor. (www.rappler.com)
Hahh.. Ini yang team ke 2. Bahagian Logistik yang sudah berminggu sampai di Lahad Datu tidak dikira ke?
Hisham hampir tahap BODOH.
Jika mereka bukan pengganas, siapakah mereka? Adakah mereka itu penyelamat parti UMNO yang semakin ditinggalkan oleh penyokongnya? OK, saya tidak benci dengan UMNO tetapi amat benci dengan pemimpin yang berada di tahap yang sangat lemah.
Jika penceroboh bukan pengganas, mengapa kerajaan mengerahkan pasukan keselamatan sehingga berbelas ribu berada di Ulu Tungku Lahad Datu? Itu di darat, tidak termasuk di lautan dimana salah seorang yang bertugas di lautan ialah sepupu saya sendiri.
Jika mereka bukan pengganas, mengapa kerajaan sanggup mengorbankan masa belajar anak-anak tentera dimana ada diantara mereka tidak dapat pergi ke sekolah kerana semua trak tentera digunakan untuk mengangkat askar ke Lahad Datu? Untuk makluman Hisham kebanyakan anak-anak tentera menggunakan trak untuk ke sekolah.
Jika mereka bukan pengganas, mengapa terlalu banyak senjata dibawa oleh trak tentera menuju ke arah Ulu Tungku dan bukannya dihantar ke kem tentera yang terdapat di Batu 2 Lahad Datu?
Jika mereka bukan pengganas, mengapa menghantar pasukan komando ke kawasan berhampiran dengan kem penceroboh?
Jika mereka bukan pengganas, mengapa semua sekolah yang berdekatan mengadakan mesyuarat tergempar dan ada sekolah yang sudah ditutup sementara?
Datuk Hisham banyak informer, rakyat Sabah lagi banyak informer yang jujur dan dipercayaai. Kita nampak berderet trak tentera menuju ke Tungku atau Tanjung Labian. Kita nampak trak tentera penuh dengan peralatan yakni senjata. Jangan sampai kehilangan Sabah seperti mana kehilangan Batu Putih kepada Singapura.
Jika penceroboh bukan pengganas... Rakyat Sabah Cabar Datuk Hisham
Keluarkan kesemua tentera di Tanjung Labian kerana kehadiran tentera yang begitu ramai sekali membayangkan penceroboh tersebut amat berbahaya. Cukuplah bagi tinggal 10 orang polis untuk berkawal bagi mengawal tempat tersebut daripada pencuri yang mencuri buah kelapa sawit.
Post a Comment
Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.