Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen …

Bekas tahanan ISA dakwa pernah proses IC di Sabah

Seorang bekas tahanan ISA mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada awal 1990-an untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa itu.

Siti Aminah Mahmud, 63, yang ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa, beliau ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina.

Siti Aminah mendakwa, beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Siti Aminah mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan PBS pada ketika itu.

"Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah.

"Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kem…

Bala dakwa Razak kesal tak bayar komisyen Altantuya

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa penganalisis politik Abdul Razak Baginda menyatakan kekesalan kerana tidak membayar komisyen US$500,000 yang dituntut wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Beliau mendakwa Razak berkata demikian sejurus sebelum ditahan pada 2006.

Balasubramaniam berkata beliau pada masa itu sedang meninggalkan pejabat seorang peguam yang dikenali sebagai Puravelan, bersama Razak dalam satu lif.

Balasubramaniam, yang diupah Razak pada masa itu, membuat pendedahan mengenai peristiwa berhubung kematian Altantuya, dalam kemunculan pertamanya di majlis umum di negara ini, selepas melarikan diri hampir lima tahun lalu.

Akhbar pada waktu itu sudahpun menimbulkan spekulasi mengenai penahanan Razak pada hari itu dan peguam berkenaan sedang membuat persediaan mengenai kemungkinan tersebut.

Balasubramaniam juga mendakwa, beliau memberitahu Razak: "Bos, tengok sini. Apa nasihat saya pada awak? Laporan polis. Awak sepatutnya sudah buat laporan polis."

Bal…

Penipuan ketua AMK Sabah terdedah?

Saudara Pengarang,


JELAJAH Sumpah yang dikatakan dianjurkan oleh Ketua AMK Sabah adalah satu pembohongan besar-besaran sebagaimana yang didedahkan secara tidak langsung oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin.

Mengikut pengakuan Lajim, beliau terpaksa berbelanja kira-kira RM30,000 untuk membiayai program AMK termasuk membayar tiket kapal terbang, Hotel dan pengangkutan untuk EXCO pusat; tetapi di belakang takbir, Mohd Serman membuat fitnah terhadap Lajim.
.
Mohd Serman Hassnar yang 'melantik diri sendiri' sebagai calon AMK untuk bertanding di Parlimen Libaran, kawasan kubu kuat Musa aman pada PRU 13 ini.

Persoalannya bolehkah beliau menang sedangkan namanya sering dikaitkan dengan rampasan tanah milik orang Cina di Sandakan dan Batu Sapi yang menjadikan alasan Sijil Anak Negeri Palsu sebagai 'senjata'nya.

Pada 2012, PKR Pusat ada memberi peruntukan sebanyak RM10,000 kepada beliau untuk membantu AMK Cabang di negeri Sabah, tetapi tiada siapa yang tahu ke man…

Konvensyen Ke 4 Pakatan Rakyat Terhebat

Walaupun konvensyen ke- 4 Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pagi ini tidak membuat pengumuman siapa bakal dilantik menjadi perdana menteri seperti mana diharap-harapkan, tetapi suasana dan mood konvensyen itu menunjukkan para perwakilan seakan sepakat menerima Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Ini terbukti jelas apabila tepukkan setiap kali nama Anwar disebut bergema kencang.

Mulanya konvensyen itu didesas desuskan bakal memuktamadkan Anwar sebagai perdana menteri tetapi tidak dilakukan ekoran ada sedikit masalah apabila ada percanggahan di kalangan tertentu di dalam PAS mengenai siapa yang layak menjadi perdana menteri.

Konvensyen berkenaan juga dikatakan terpaksa mengubah agenda asalnya untuk menobatkan bakal perdana menteri tetapi tidak berbuat demikian kerana sebab-sebab tertentu. Khabarnya berlaku salah faham ini menyebabkan ada pendapat mengatakan konvensyen berkenaan tidak berjalan selicin yang diharapkan? Pendapat itu tidak benar dan merupakan p…

70 anggota SAPP Beaufort keluar parti, sertai UMNO

Seramai 70 ahli Parti Maju Sabah (SAPP) di sini meninggalkan parti pembangkang itu untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian Umno kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dalam majlis silaturahim bersama pemimpin yang diadakan di Kg Binunuk di sini semalam.

Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan anggota SAPP meninggalkan parti itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.

“Mereka tertarik dengan cara kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji dan itulah yang menjadi kehendak mereka selama ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Saidi yang menganggotai jawatankuasa SAPP Beaufort sejak 2008 berkata beliau dan anggota yang lain kini sudah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Beliau mendakwa SAPP tidak pernah prihatin terhadap nasi…

Penjawat awam sokong pembangkang?

(email dari seorang sahabat email kat saya, tidak puas hati yang bekeja di semenanjung)

Salam sejahtera , saya nk ajukan pendapat tidak puas hati sy sebgai penjawat awam .. yang selama ini, bertugas selama 5 tahun ., perkara pertama yang nak sy ajukan .. berkenaan dengan elaun .. perumahan sabah .. yang dari semenajung pg sabah . mendapat rm750 termasuk sarawak ke sabah ,elaun mereka berbeza berbanding penjawat awam sabah yang bertugas ke semenanjungn hanya mendapat rm500.. mmg tidak adil . dari segi pembahagian .. elaun . di sabah semuaa barang makanan murah dan sewa rumah pun dalam rm450 1bulan pun ble dpt . SERIUS sgt murah barang2 di sabah, . makanan laut dan sebagainya , x ada . tol dan sebagainya . jem pun krg berbanding di KL .. kasian mereka2 yang dari sabah . bertugas .. di semenanjung hanya ckup2 makan ., kenapa kerajaan malaysia anak tirikan sabah ni . apa bezanya . x ada beza nya . kata 1malaysia .. cuba ajukan di page admind tuan ni . harap dpt membantu . dari segi elaun …

Mustapa minta guru jangan dipengaruhi pembangkang

Guru dinasihat agar bertindak secara rasional apabila menerima sebarang maklumat daripada pihak pembangkang  yang tidak berpaksikan kepada kebenaran dan boleh merosakkan negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata fitnah daripada pembangkang  akan lebih memuncak menjelangnya pilihan raya umum akan datang yang pastinya menjadikan guru sebagai antara sasaran menaburkan fitnah itu.

"Guru-guru perlu buat pertimbangan wajar dan jangan sama sekali terpengaruh dengan pihak yang mahu merosakkan negara kita ini.

"Apa yang dibuat perlu berasaskan kepada kebenaran kerana yang penting untuk kita semua terus mewujudkan negara yang lebih gemilang pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bicara Transformasi Kelantan di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di Tanjong Chat di Kota Bharu, hari ini.

( Siapa pembangkang di Kelantan? )

Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang dan Pengarah Jaba…

Janji Barisan Nasional yang tidak ditepati

Janji ditepati merupakan slogan Barisan Nasional yang membayangkan segala janji yang mereka tabur akan ditunaikan.

Namun Barisan Nasionat terlupa...

Bahawa mereka ada berjanji untuk membina sebuah hospital untuk penduduk DUN Nebawan yang terletak di Parlimen Pensiangan.

Penipuan Barisan Nasional akhirnya memalukan timbalan perdana menteri sendiri semasa kunjungan beliau di sana baru-baru ini.

Seorang sahabat emelkan kepada borneomail ;



Kunjugan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu telah mendapat kejutan maut sambil dimalukan oleh penduduk DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan.

Pencerobohan di Lahad Datu: Tempoh keluar hari ini

Mahu proses dilakukan secara baik

Tungku (Lahad Datu): Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini, sehingga hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas memberi pertimbangan terhadap permohonan Manila supaya pengusiran dilanjutkan bagi memastikan proses berkenaan dilakukan secara baik.
Katanya, tempoh lanjutan sehingga hari ini juga diambil selepas mengambil kira keadaan di lokasi kejadian, yang berada dalam kawalan pihak berkuasa.


Permintaan kerajaan Filipina 


“Pihak berkuasa mempunyai rancangan mereka sendiri tetapi ini adalah permintaan kerajaan Filipina, yang mahu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tanpa berlaku pertumpahan darah,” katanya, di sini, semalam.

Kelmarin, media Filipina melaporkan kerajaan negara itu meminta Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan bersenjata, yang menceroboh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu sehingga Selasa ini.

Ia bagi…

Parlimen Bubar 22.2.2013?

Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan. Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar mejadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya.

Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.

Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya i…

Kalau bukan pengganas, mereka itu siapa?

Datuk Hishamuddin kata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu bukanlah kumpulan pengganas kerana tidak pernah terlibat dalam aktiviti keganasan. Menurut beliau, penceroboh itu cuma penyokong kesultanan sulu yang terbawa senjata ke Sabah.

Terdapat penyebaran pelbagai spekulasi dan maklumat palsu tentang kejadian ini. Sebarang spekulasi termasuk daripada media asing merupakan tindakan tidak bertanggungjawab tambahnya lagi.


Penceroboh yang dianggarkan seramai 100 orang itu memasuki Sabah dengan tuntutan supaya kumpulan mereka tidak dikenali sebagai kumpulan militan, selain mahu kerajaan Malaysia tidak menghantar balik penduduk berketurunan Sulu yang tinggal di negeri itu.

Utusan Penipu : Bukan seramai 100 orang tapi lebih 200 - 600 orang. Sumber daripada penduduk kampung dan semboyan yang dipercayai.

One motorboat, locally called a lantsa, can fit 100 people in all. The Royal Sultanate Army used around 3 motorboats, said the mayor. (www.rappler.com)

Hahh.. Ini yang team ke 2. Bahagi…

Barisan Nasional menggunakan kanak-kanak untuk kempen

Seperti biasa apabila pihak pembangkang membawa golongan kanak-kanak ke sesuatu perhimpunan  parti, pihak Barisan Nasional dengan lantang mengecam tindakan mereka. Tidak cukup dengan keceman, pihak Barisan Nasional menghurai satu-persatu akta kanak-kanak.

Sedar tak sedar pihak Barisan Nasional juga turut menggunakan kanak-kanak untuk tujuan kempen mereka. Walau bagaimanapun Barisan Nasional sedikitpun tidak menyentuh pasal akta kanak-kanak. Bagi Barisan Nasional, tidak salah menggunakan golongan kanak-kanak selagi mereka berpihak kepada Barisan Nasional. Sebaliknya hak mutlak ini tidak diberi kepada pihak pembangkang.

Undang-undang di Malaysia sememangnya sangat susah untuk difahami. Bila pembangkang membawa kanak-kanak ke ceramah parti dianggap salah oleh pihak Barisan Nasional. Tapi pada masa yang sama, jika pihak Barisan Nasional yang buat perkara yang sama, ia dianggap tidak menyalahi undang-undang pula.

Begitu juga dengan perayaan. Jika Pemimpin islam dikalangan UMNO berkunjung …

Tiada Tempat Pembangkang Di Sabah?

Tiada tempat bagi kumpulan pembangkang untuk cuba-cuba menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Ini katanya, rakyat negeri ini bukan sahaja sudah bijak dan matang berpolitik, tetapi mereka mampu menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

"Rakyat Sabah tidak akan sampai hati terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membawa pembangunan begitu banyak kepada negeri ini malahan saya yakin sokongan rakyat terus bertambah dari semasa ke semasa," tegasnya semasa berucap melancarkan Markas Pemuda BN P.184 Libaran di Bandar Labuk Jaya, Batu 7, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris; Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Hajah Armani Mahiruddin serta Ketua Pemuda Umno Libaran, Suhaimi Nasir.

Sehubung…

Majlis Dong Zong : Anwar Disambut Lebih Meriah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.

Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.

Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.

Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.

Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.

Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau…

Semakin Ramai Ahli Tinggalkan UMNO?

Disebabkan sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO, maka lebih 200 orang ahli-ahli UMNO Cawangan Kota Klias Beaufort yang diketuai oleh Haji Awang Bani dan Abdullah Ahmad mereka meninggal UMNO dan menyertai Parti Pakatan Rakyat (PR), baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Beaufort, Muslim Murad dengan lebih 30 ahli cawangan UMNO lainnya telah meletak jawatan keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat melalui PPPS dan ikuti oleh AJK Wanita UMNO, Masrah Hj Muhammad.

Menurut Hj Awang, mereka keluar beramai-ramai daripada UMNO/BN dan menyertai parti Pakatan Rakyat disebabkan beberapa faktor; antaranya UMNO sudah tidak relevan lagi di Sabah kerana para pemimpin UMNO menyalahguna kuasa dan terlalu melindungi dan mengambil berat kebajikan PATI yang mendapat kerakyatan songsang daripada menjaga kebajikan rakyat tempatan yang semakin terpinggir.

Hj Awang menambah, rakyat di Sabah sudah bosan dengan mainan kotor para pemimpin UMNO kepada rakyat Sabah b…

Ketua AMK Sabah Semakin Sombong?

WALAUPUN belum setahun jagung Mohd Serman bin Hassnar menjadi Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Sabah (AMK Sabah), namun begitu ketara sekali tidak mendapat sokongan daripada AMK Sabah, terutama di Pantai Barat kerana sikapnya semakin sombong dan mementingkan diri sendiri.

Mohd Serman suka memaksa AMK Cabang membuat program yang terlalu singkat masanya untuk diuruskan, sama ada oleh AMK Negeri atau AMK Cabang; malah turut memaksa setiap AMK membuat program setiap minggu.

Kebanyakkan AMK Negeri dan AMK Cabang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Mohd Serman yang dilabelkan sebagai 'BIG BOSS' kerana suka mengarahkan atau memaksa setiap AMK membuat sesuatu keputusan atau kerja dalam kadar segera seperti silap mata.

Dari segi kewangan, Mohd Serman adalah terkaya di kalangan AMK Sabah. Oleh itu beliau mampu membuat program setiap masa, setiap hari atau setiap minggu. Tetapi bukan semua AMK Negeri atau Cabang yang mempunyai sumber kewangan seperti beliau. Oleh itu beliau mesti f…

Kumpulan pemberontak menuntut tanah yang dijanjikan Malaysia?

Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.

Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut.

Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri.

"Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina.

"Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu p…

Lahad Datu terkawal kata Hisham

Keadaan di sekitar Lahad Datu adalah terkawal ketika Angkatan Tentera dan polis masih meneruskan rundingan sejak malam tadi dengan sekumpulan rakyat asing yang mendarat dengan bot di persisiran pantai pada Selasa dengan berpakaian ala tentera dan bersenjata api.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ada penduduk di kawasan berdekatan juga telah diarah berpindah untuk jaminan keselamatan.

"Sehingga kini tiada laporan penduduk dijadikan tebusan. Dianggar jumlah kumpulan itu antara 80 orang hingga 100 orang.

"Motif kehadiran mereka juga tidak dapat didedahkan kerana ia masih terlalu awal," katanya kepada pemberita selepas hadir pada taklimat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bangi, dekat ibu negara hari ini.

Hishammuddin juga meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan.

"Orang ramai diminta supaya jangan …