Kaum cina bertekad tidak akan mengundi PAS kerana pas merupakan sebuah parti yang tidak menghormati budaya, agama dan kaum lain. PAS tahu Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk tetapi masih memperkenalkan peraturan seperti di sekolah.

Tindakan kerajaan PAS di Kelantan yang mendenda pemilik salon yang dimiliki  orang cina menimbulkan kemarahan orang cina. Kod etika pakaian yang diperkenalkan di Kedah juga telah menimbulkan kemarahan orang cina. Ruang komen artikel berbahasa inggeris di Malaysiakini baru-baru ini di penuhi dengan komen yang membayangkan kaum cina dari DAP dan PKR tidak akan mengundi PAS. Mereka juga mempastikan setiap ahli keluarga mereka tidak mengundi PAS. Ini bermakna kaum cina yang mengundi di kawasan yang ditandingi PAS akan mengundi Barisan Nasional yang pasti akan membawa kelebihan kepada Barisan Nasional.

Dan bayangan Putera Jaya PAS hanya angan-angan Mat Jenin jika PAS terus dengan sikapnya yang tidak menghormati kaum lain.

Di Sabah, PAS tidaklah sekuat mana walaupun mereka duduk di kawasan mejoriti Islam. Tidak tahu mengapa tetapi Sabah merupakan ikon Satu Malaysia yang tulen. PAS masih memerlukan undi daripada pengundi bukan islam untuk meraih kemenangan. Jadi PAS jangan tunjuk hero sebelum menjadi hero.

Jika nak menang, ikut cara pendekatan UMNO yang bersikap sederhana terhadap kaum dan agama lain. Bagi pengundi atas pagar pasti akan memangkah BN pada pilihan raya akan datang khususnya dikalangan bukan Islam jika PAS terus dengan pendekatan sendiri.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.