Walaupun sudah meninggalkan UMNO tetapi Datuk Lajim masih berusaha menjaga nama baik UMNO. Baru-baru ini Datuk Lajim tidak tahu menahu mengenai sumbangan wang sejumlah RM40 juta untuk UMNO Sabah. Beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diumumkan oleh menteri di jabatan perdana menteri iaitu Mohammed Nazri Aziz.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah mustahil tidak tahu menahu mengenai kewujudan wang untuk UMNO. Adalah tidak mungkin hanya Musa Aman seorang sahaja yang tahu akan kewujudan RM40 juta. Selama 18 tahun bersama-sama dengan Musa Aman merupakan sesuatu yang amat pelik untuk tidak mengetahui sumbangan-sumbangan yang diterima oleh UMNO Sabah.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah tahu perkara ini. Saya tidak tahu kami ada begitu banyak wang". Kata Lajim apabila ditanya tentang wang sumbangan sebanyak RM40 juta. Jadi selama Lajim bersama-sama dengan UMNO bermakna UMNO tidak pernah membentangkan kewangannya. Adalah sesuatu yang pelik bagaimana sesebuah parti boleh terus hidup tanpa wang.

Lajim bukanlah seorang pemimpin yang baik. Beliau tidak jujur kepada rakyat Sabah tentang RM40 juta. Beliau hanya mengatakan tidak tahu tetapi tidak menjelaskan bagaimana beliau tidak mengetahui kewujudan RM40 juta.

Untuk pilihan raya akan datang, beliau bukan calon pembangkang yang sesuai kerana mungkin beliau dihantar oleh UMNO untuk mematahkan strategi pihak pembangkang. Pendek kata beliau adalah seorang ahli PPU ( Pasukan Perisik UMNO)

Najib Razak pula tidak berminat menangani isu ini dengan baik. Malah beliau cuba menyembunyikan pemberi wang tersebut kerana dakwanya pihak pembangkang juga menyembunyikan pihak yang memberikan wang sumbangan kepada pembangkang. Ini bermakna Najib Razak membiarkan perkara itu berlaku.

Hal ini memudarkan hasrat kerajaan dalam membenteras gejalah rasuah. Program transformasi yang dicanang oleh kerajaan juga akan menjadi sia-sia kerana perbuatan tidak telus menyebabkan tidak akan mendapat kepercayaan daripada keseluruhan rakyat Malaysia.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.