Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, jika sekiranya Barisan Nasional merampas kerajaan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah, kami berjanji akan memajukan Sabah dalam masa 100 hari. Jalan raya semua berturap, semua rakyat Sabah akan menikmati kemudahan air bersih, mempunyai bekalan elektrik 24 jam sehari. Kami juga akan membuat kilang megah di Sabah yang akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Semua ini tidak mampu dilakukan oleh Parti Bersatu Sabah. Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat Sabah......???????

Itu antara ucapan pemimpin UMNO sekitar 1992 yang menumbangkan PBS secara tidak SAH...Sesudah beberapa tahun berlalu, negeri Sabah bukan menjadi negeri yang semakin kaya tetapi antara negeri yang paling miskin di bumi Malaysia.

Orang Sabah dianggap sebagai rakyat kelas kedua apabila gaji pekerja di Sabah lebih rendah berbanding dengan rakyat Malaysia di Semananjung.. Bodohnya orang Sabah yang masih memilih UMNO dan memang orang Sabah BODOH kerana tunduk dibawah telunjuk UMNO, tidak seperti orang Sarawak yang menentang kemasukan UMNO ke Sarawak.. Orang Sarawak juga cakap yang orang Sabah ini BODOH sebab tidak tahu mengurus hasil bumi sendiri sehinggakan dinobatkan anugerah negeri yang paling miskin di bumi Malaysia.

Jalan raya Tuaran pernah digelar jalan raya maut kerana kerajaan tidak mampu menyediakan lampu jalan. Walaupun kereta itu mempunyai lampu tetapi dalam keadaan hujan, lampu kereta tidak ada maknanya.

Jalan raya putus dan tidak dibaiki sehingga bertahun-tahun lamanya. Perlukah Barisan Nasional meminta bukti daripada saya? Saya sudah meninggalkan Kiulu sejak 10 tahun yang lepas dan semasa saya meninggalkan Kiulu, jalan di Rangalau Lama memang sudah terputus. Satelah 10 tahun berlalu, sekali lagi saya melalui jalan tersebut dan apa yang mengejutkan, jalan tersebut masih putus.. Mana sudah janji 100 hari??



Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.