Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Khalid Ibrahim cemerlang habiskan harta era BN kata Noh

Menurut Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim merupakan seorang Menteri Besar yang cemerlang. Walau bagaimanapun Noh berasakan ia amat lucu. Beliau mendakwa pemimpin pembangkang hanya cemerlang menghabiskan harta kerajaan.

Beliau berkata, Khalid hanya cemerlang dalam menghabiskan harta yang dikumpul oleh kerajaan negeri Selangor semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN). Walau bagaimanapun beliau gagal membuat perincian berapa juta yang di sunglap oleh Khalid Ibrahim sepanjang menjadi menteri besar selangor.

Jika benar wang habis untuk kepentingan rakyat Selangor, itu tidak menjadi satu masalah. Masalahnya negeri Sabah menjadi negeri yang termiskin di Sabah kerana hasil buminya di sunglap oleh pemimpin-pemimpin UMNO Sabah dan sebailangan pemimpin UMNO di Semananjung.

Apapun menurut rekod yang tidak sah, kedudukan kewangan Selangor naik sehingga 140% berbanding semasa era pemerintahan UMNO. Alahai siapa sunglap peruntukan benih padi..

Saya tak memihak siapa-siapa tetapi berdesing jiwaku …

Lajim tak tahu RM40 juta untuk UMNO Sabah

Walaupun sudah meninggalkan UMNO tetapi Datuk Lajim masih berusaha menjaga nama baik UMNO. Baru-baru ini Datuk Lajim tidak tahu menahu mengenai sumbangan wang sejumlah RM40 juta untuk UMNO Sabah. Beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diumumkan oleh menteri di jabatan perdana menteri iaitu Mohammed Nazri Aziz.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah mustahil tidak tahu menahu mengenai kewujudan wang untuk UMNO. Adalah tidak mungkin hanya Musa Aman seorang sahaja yang tahu akan kewujudan RM40 juta. Selama 18 tahun bersama-sama dengan Musa Aman merupakan sesuatu yang amat pelik untuk tidak mengetahui sumbangan-sumbangan yang diterima oleh UMNO Sabah.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah tahu perkara ini. Saya tidak tahu kami ada begitu banyak wang". Kata Lajim apabila ditanya tentang wang sumbangan sebanyak RM40 juta. Jadi selama Lajim bersama-sama dengan UMNO bermakna UMNO tidak pernah membentangkan kewangannya. Adalah sesuatu yang pelik bagaimana se…

Janji Barisan Nasional Tidak Ditepati

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, jika sekiranya Barisan Nasional merampas kerajaan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah, kami berjanji akan memajukan Sabah dalam masa 100 hari. Jalan raya semua berturap, semua rakyat Sabah akan menikmati kemudahan air bersih, mempunyai bekalan elektrik 24 jam sehari. Kami juga akan membuat kilang megah di Sabah yang akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Semua ini tidak mampu dilakukan oleh Parti Bersatu Sabah. Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat Sabah......???????

Itu antara ucapan pemimpin UMNO sekitar 1992 yang menumbangkan PBS secara tidak SAH...Sesudah beberapa tahun berlalu, negeri Sabah bukan menjadi negeri yang semakin kaya tetapi antara negeri yang paling miskin di bumi Malaysia.

Orang Sabah dianggap sebagai rakyat kelas kedua apabila gaji pekerja di Sabah lebih rendah berbanding dengan rakyat Malaysia di Semananjung.. Bodohnya orang Sabah yang masih memilih UMNO dan memang ora…