Posts

Showing posts from March, 2012

MB Pahang 'meletup' panggil wartawan 'bodoh'

Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.

Bodohnya Adnan ni tak tahu jaga maruah dirinya sendiri atau dia ni memang manusia tak ada maruah. Itulah akibat cakap main lepas saja atau ikut sahaja apa orang cakap. Orang cakap pasal wawasan 2020, Adnan pun ikut cakap, orang cakap pasal cemerlang gemilang temberang, Adnan ikut saja cakap, orang cakap pasal satu Malaysia , Adnan pun ikut saja cakap. Entah tahu ke tak konsep kesemua itu tak penting.. Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan cakap itu, awak pon ikut..kan dah kena..
disambung cerita..


Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebu…

Sokong pembangkang bantuan ditarik, sokong BN jadi jutawan

Lelaki kurang upaya yang mendakwa bantuan kerajaan yang diterimanya diberhentikan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang kerana dituduh menyokong pembangkang berkata pengalaman itu cukup memedihkan dan beliau terasa dihina.

Walaupun tangannya cacat, namun Frusis Lebi tetap berusaha sebagai seorang peladang, namun baru-baru ini beliau menghadapi kesukaran kerana subsidi pertanian yang lazim diterimanya dihentikan.

Ketika dihubungi, Frusis, 51 berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pertanian Sri Aman bahawa terdapat "masalah" dalam mengagihkan baja dan racun perosak kepadanya.

"Mereka kata bahawa mereka menerima surat dari Mong yang mengarahkan supaya saya tidak lagi diberikan subsidi kerana saya menyokong pembangkang," katanya.

Menurut Frusis, pegawai berkenaan juga enggan mendedahkan surat itu, mungkin kerana takut, tetapi beliau akhirnya berjaya melihat salinan surat berkenaan pada 1 Mac lalu dari sumber-sumber yang ‘simpati’ terhadapnya.

Surat i…

Pergolakan PAS susahkan rakyat: PM

Krisis kepemimpinan di Kedah cetus kekalutan parti pembangkang

BALING: Pergolakan dalaman kerajaan PAS Kedah yang tidak berkesudahan akan menyebabkan rakyat di negeri ini dilanda kesusahan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, senario politik kerajaan PAS Kedah yang tidak stabil ketika ini menyebabkan keadaan menjadi serabut sehingga menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan parti itu menerajui negeri ini.
Katanya, kekalutan yang melanda PAS Kedah ketika ini membuktikan parti itu tidak pernah reda daripada perkara yang serabut.

“Sesuailah dengan namanya, Parti Asyik Serabut (PAS). Sehari dua ini serabut tak sudah-sudah... saya pun tak faham... "

“Kalau pada peringkat PAS Pusat, sekejap mahu perjuangkan negara Islam.. sekejap nak perjuangkan negara berkebajikan... Itu belum lagi kalau Karpal (Singh) (Pengerusi DAP) bunyi sikit...

“Kalau dekat Kedah lagilah serabut, pi mai ... pi mai... malam ni dengarnya ada pula mesyuarat, isu ini tidak selesai-sel…