Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Berhenti sokong Anwar selepas tonton video seks

KUALA LUMPUR: Osman Ishak, bapa bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhenti daripada menyokong Ketua Pembangkang itu selepas menonton video seks yang didakwa mirip penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan.
Penyokong tegar Anwar sejak di bangku sekolah dan pernah menjadi Ketua Perhubungan PKR Pahang, manakala anaknya, Rahimi pernah bertugas dengan Anwar itu berkata, video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan kemudian disiarkan menerusi blog juga menukar pendiriannya terhadap Anwar.
“Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu... itulah kesimpulan saya,” katanya dalam temuramah yang disiarkan sebuah akhbar Mingguan Malaysia, kelmarin.

“Tambahan pula apabila melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tanga…

Dr M: Menteri enggan isytihar harta patut letak jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu berkata sebelum ini menteri kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada perdana menteri sahaja.

"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluaraga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitn…

Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Rosmah belanja RM325 ribu di Sydney?

SYDNEY: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terus mendapat perhatian dan liputan dari akhbar antarabangsa akibat sikap dan tabiatnya yang gemar berbelanja besar.

Dalam seksyen ‘Private Sydney’ yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik miliknya di Sydney.

“Rosmah Mansor suka diperkenalkan sebagai Wanita Pertama Malaysia, tetapi untuk pereka fesyen Carl Kapp, beliau adalah First Lady Of Shopping,” lapor kolumnis akhbar itu.
“Dia benar-benar pemurah dan sangat mudah untuk berurusan dengannya,” Kapp dipetik berkata kepada Private Sydney.

Kapp, menurut kolumnis itu turut bersetuju bahawa Rosmah gemar menampilkan gaya hidup mewah seperti yang sering digambarkan di media.
Dengan tajuk ‘Super Kerr Now a Model Citizen’, kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan Kapp …

Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengena…