Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

120 penyokong PAS di Bachok sertai UMNO

BACHOK: Seramai 120 penyokong PAS di Kampung Beoh di sini mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru UMNO di kampung berkenaan, hari ini.

Borang penyertaan mereka diserahkan ketua kumpulan berkenaan Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.

"Dulu, saya menyokong PAS 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana PAS hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata," kata Mohd Nor kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Beliau berkata, penyertaannya dalam UMNO kerana inginkan perubahan memandangkan PAS ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.

Mohd Nor berkata, ramai lagi individu akan mengikuti jejak kumpulan itu.

Sementara itu, Awang Adek berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang diberi…

Lim Boo Chang umum keluar PKR

GEORGETOWN: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lim Boo Chang mengumumkan beliau keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta dan menyertai parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Boo Chang berkata, beliau keluar daripada PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti itu yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

Dalam sidang media sebentar tadi, Boo Chang juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Anwar tak pernah tunjuk bukti

Peguam Cara Negara II pertikai keterangan tertuduh

KUALA LUMPUR: Keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kandang tertuduh bagi menjawab tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu, hanya penafian semata-mata tanpa mendedahkan sebarang bukti yang boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal berhujah selain hanya memberi komen dan kritikan terhadap keterangan Mohd Saiful dan saksi pendakwaan lain, tertuduh tidak mengemukakan versi beliau berhubung kejadian yang didakwa berlaku di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Selain itu, katanya, tertuduh hanya menafikan hubungan seksual dengan Mohd Saiful, dan beliau langsung tidak mempertikaikan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Mohamed Yusof berhujah tertuduh tidak mempertikaikan keterangan pendakwaan itu antaranya, dia berada di unit bersebelahan kondominium sebelum kejadian, M…

BN diramal mampu menang selesa pilihan raya

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) diyakini mampu mencapai kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan peningkatan momentum sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai pendekatan berkesan.

Penganalisis politik berpendapat majoriti rakyat gembira dengan pelaksanaan dasar konsisten oleh Perdana Menteri, terutama komitmen serta kesungguhan Najib memfokuskan kepada usaha transformasi kerajaan, ekonomi dan politik.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, berkata beliau yakin BN berupaya memenangi majoriti selesa pada PRU-13 berdasarkan senario pentadbiran negara.
“Momentum sokongan rakyat kepada BN sudah meningkat sejak dua tahun kebelakangan ini, terutama apabila Najib mengambil alih teraju kepemimpinan negara.

“Perdana Menteri berjaya memulihkan semula keyakinan rakyat kepada kerajaan melalui pelaksanaan dasar konsisten serta…

Kaitan dengan Pekida bukti Najib ultra-Melayu

PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.

Timbalan pesuruhjayanya, Khalid Samad medakwa, Pekida adalah
sebuah organisasi yang meragukan sehinggakan pernah Umno sendiri pun tidak berani menjalin hubungan rasmi dengannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid turut mengecam apa yang didakwanya sebagai pendirian keras yang diperlihatkan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Katanya, mereka cuba memberitahu orang Melayu bahawa jika Umno dicabar, ia bermakna orang Melayu dicabar dan bahawa Melayu adalah Umno dan Umno adalah Melayu.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata cabaran kepada Umno bukan sebenarnya cabaran kepada orang Melayu, tetapi satu usaha untuk meningkatkan kedudukan kaum tersebut.

Sebaliknya…

Masa depan UMNO gerhana jika PutraJaya ditawan

Tajuk sebenar post ini ialah "Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan" yang dipetik di Malaysiakini.

Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan melainkan menegakkan pemerintahan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

“Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya.

Pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini, Najib mengakui rakyat mempunyai pilihan.

Namun,…