Posts

Showing posts from November, 2011

Tragedi 10.10.10 berulang

Image
dulu 10.10.10 tragedi bas terbalik di Lebuhraya Rembau-Simpg Ampat..agak tragis..ni 11.11.11 lagi kemalangan yg mengerikan
Empat termasuk dua murid maut, tujuh parah; Bas rombongan terbalik
sebelum dirempuh treler pasir


SLIM RIVER: Ketika ramai memilih 11.11.11 sebagai hari istimewa semalam, 36 pelajar dan empat guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, sebaliknya melalui tragedi mengerikan apabila bas rombongan yang dinaiki terbalik, sebelum dirempuh sebuah treler ketika kebanyakan mangsa merangkak untuk menyelamatkan diri, menyebabkan empat orang terkorban.
Dalam kemalangan jam 4.30 pagi di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, dua rakan mereka Khairul Anwar Azhan dan Maysarra Zaidi, masing-masing 15 tahun, mati di tempat kejadian dengan mayat Maysarra dikesan hampir tujuh jam kemudian dalam longkang di bawah timbunan pasir dari treler yang jatuh bertaburan. Pelajar yang memperoleh 8A ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu pada mulanya…

Kemudahan asas di Sabah, Sarawak diabai BN

Image
Isu kemudahan asas di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak menjadi salah satu topik utama yang dibangkitkan dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Parlimen, semalam.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) (kanan, tengah) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar) mempersoalkan aspek pelaksanaan di peringkat kementerian kerana banyak kemudahan di dua negeri itu yang disediakan masih tidak dapat digunakan setelah beberapa lama.

"Seperti bekalan elektrik, pemasangan lengkap, pendawaian semua ada. Banyak yang kita boleh nampak tapi tak boleh guna. Bekalan air pun sama. Ada paip tapi tiada air. Sampai hari ini kementerian tidak ambil tindakan," kata Tiong semasa perbahasan peringkat jawatankuasa.

Tiong turut mempersoalkan mengapa kontraktor tempatan tidak dilantik bagi memudahkan urusan penyelenggaraan kemudahan asas di sesuatu kawasan.

"Kenapa tidak dilantik dari kawasan yang sama. Ini kita di Bintulu, ko…