Saya kenal Datuk Seri Hishammuddin yang menghabiskan duit kerajaan dengan memperkenalkan pelbagai program yang tak bermanfaat seperti rakam muda semasa beliau menjawat jawatan sebagai menteri belia dan sukan ni...

Terbaru Datuk Seri Hishammuddin buatkan dirinya sebagai hero kepada orang melayu dengan mengada-adakan satu cerita yang kononnya ada perjumpaan para paderi seluruh negara negara bagi menjadikan Malaysia sebagai negara kristian. Shittt..

Saya tidak tahu apa kelulusan Datuk Seri Hishammuddin tapi kalau saya tanyak budak tahun 1 saya yakin budak itu  tak percaya dengan apa yang dipercayai oleh datuk Hisham. Bermakna murid tahun satu jauh lebih bijak menilai berbanding dengan Datuk Seri Hishammuddin. Saya bukan menghina Datuk Seri Hishammuddin tetapi kenyataan beliau tu buat saya marah kerana ia lebih kepada berbaur sentimen keagamaan. Kenyataan Datuk Hisham lebih kepada mendorong orang islam membenci orang kristian. Sebagai seorang yang berjawatan sebagai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, sebaik-baiknya beliau meminta rakyat supaya bertenang sehingga siasatan selesai dan bukannya buat komen berapi-api seolah-olah apa yang dikatakannya itu benar.

Saya yakin bahawa semua penganut kristian sudah tentu tidak senang dengan kenyataan Datuk Hisham.Saya sendiri pun kurang senang kerana Datuk Hisham hanya berpandukan kepada tulisan dalam blog dan bukannya berdasarkan bukti. Kalaupun ada perjumpaan, belum tentu membincangkan menjadikan Malaysia sebagai negara kristian. Banyak isu yang lebih penting untuk dibincangkan lagipun siapalah paderi yang begitu berkuasa menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Tidak ada pengaruh pun dalam politik Malaysia. Adakah kuasa mereka lebih besar berbanding dengan kuasa yang ada pada kerajaan sekarang?? Saya benar-benar tidak percaya dengan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin. Peliknya Datuk Seri Hishammuddin hanya berpandukan tulisan para blogger yang dianggap oleh KJ sebagai monyet. Mengapa Datuk Seri Hishammuddin tak memanggil blogger tersebut untuk membantu siasatan? Perlukan Datuk Seri Hishammuddin menghakimi dan menjatuhkan hukuman sebelum melakukan perbicaraan? Inikah budaya kerajaan Malaysia?

Datuk Seri Hishammuddin cakap, jangan main api. Sebenarnya siapa yang main api? saya tanya Datuk Seri Hishammuddin siapa sebenarnya main api? Datuk Seri Hishammuddin menuduh para paderi menjadikan Malaysia sebagai negara kritian sebagai agam rasmi sedangkan tidak ada pun bukti yang dikemukakan oleh Datuk Seri Hishammuddin. sebenarnya Datuk Seri Hishammuddin lah yang main api dengan meniup sentimen keagamaan dengan harapan orang  islam di Malaysia membenci agama kristian.

Saya tahu pilihanraya ke 13 sudah hampir. Sudah tentu Datuk Seri Hishammuddin melakukan sesuatu termasuk membangkitkan isu yang boleh mengangkatnya sebagai hero kepada orang melayu dan islam. Ingat, orang melayu sekarang ada yang berpendidikan tinggi berbanding dengan Datuk Seri Hishammuddin. Mereka tahu menilai setiap apa yang Datuk Seri Hishammuddin timbulkan.

Nota: Komen : janaikmogesal - Bharian


Saya sebagai penganut Kristian amat menyedari bahawa apa yg disebar ini merupakan cara utk merosakkan keharmonian antara berbagai penganut agama. Dah jelas bahawa agama islam adalah agama rasmi dan itu termaktub dlm perlembagaan.

Klu bukan mainan politik dan pemimpin kerajaan bukan bersifat politik ialah cara menangani ini harus berhemah dgn menyiasat dgn telus dan terperinci tanpa mengulas dgn panjang lebar di akhbar sebab ia melibatkan kepentingan negara.

Bila ia disahkan apapun kebenarannya baru ia diumum supaya menjadi perhatian umum yg menjadi asas kpd hal yg lebih berhati-hati bagi semua di masa mendatang. Ini namanya tampar dan tendang dlm sekali tindakan. Adakah wajar hal ini diperlakukan dgn demikian ?

Jgan kerana nak sesuatu habuan bagi kepentingan yg tak benar darinya maka cuba menahan bubu di pergentingan. Kami dari Matunggong Churches Council yg terlibat dgn doa safaat secara konsistent bagi negara Malaysia sesuai dgn surat rasul paulus kpd anak rohaninya dlm 1 Timotius 2: 1 - 2.

Doa kami seluruh kesatuan gereja Daerah di seluruh Sabah utk mendoakan semua penduduk yg berbilang kaum supaya;

i. hidup rukun dan harmoni,supaya ada persefahaman sebagai warga yg memiliki kepercayaan dan fahaman yg berbeza.

ii. Mendokan agar negara dijauhkan dari ancaman dari anasir luar dan dalam yg menggugat kestabilan negara

iii. mendoakan agar pentadbir dan pemimpin negara dianugerahkan hikmat dan kebijaksanaan utk mentadbir & memerintah negara dgn adil dan berhemah serta bertanggungjawab.

iv. Mendoakan agar Tuhan mengangugerahkan negara Malaysia kemakmuran yg seimbang hingga kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh pelusuk rakyat Malaysia.

v. Sebaliknya kami sering memohon kpd Tuhan agar di Malaysia Tuhan campurtangan utk menghalang khususnya gejala rasuah,penindasan,persepakatan baik dari pembangkang mahupun dari kerajaan juga badan2 NGO dan org2 perseorangan yg bakal memusnahkan negara.

Doa-doa spt ini kami sering adakan khususnya dlm banyak pertemuan beberapa kali dalam sebulan. Kami khususnya dari penganut Kristus menyedari bahawa kami juga mahu Tuhan memberkati dan melindungi negara Malaysia.

Ini doa secara menyeluruh dari berbagai aliran gereja yg telah digaris bawahi oleh NECF agar baik agama islam,hindu,buddha,kristian dapat hidup harmoni di dlm mengamalkan agama dan kepercayaannya sesuai dgn apa yg termaktub dlm undang2 dan perlembagaan negara.

Jadi,pembaca semua pertimbangkan bahawa adakah dgn menyiarkan dlm akhbar perdana spt ini niat itu benar atau tidak,yakni bila hal yg melibatkan kerukunan dlm soal sensitif iaitu hal agama yg sensitif diwar-warkan secara pedih dan berat sebelah sebelum ianya disiasat kebenarannya, bagi kami umat Kristian ianya tidak mencerminkan hal yg telus dan lambang pemimpin yg memperjuangkan hal yg benar.

Tariklah rambut dalam tepung,tepung tak berselerak dan rambut jangan putus - selidikilah dgn saksama dan jangan pertikai kesetiaan kami bagi negara yg kami hargai dan cintai ini Malaysia !



UPDATE :

Pemilik blog yang menjadi rujukan kenyataan Datuk Hisham sudah dipadamkan [marahku.blogspot.com]. Mengapa? Adakah beliau sedar tulisannya itu tidak benar sehingga mendorongnya menghapuskan kesemua post dalam blognya? Sehingga kini saya masih menunggu komen seterusnya daripada Datuk Hisham.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.