LIMBANG: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik semalam mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersemuka dengan beliau berikutan penafian berterusannya berhubung klip video rakaman seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Dalam pertemuan itu, kata Abdul Rahim berkata, Anwar boleh meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya berhubung pendedahan berkenaan kepada beliau dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

“Saya ‘gentleman’... kalau Anwar banyak yang tak puas hati dengan rakaman itu, saya cabar beliau bersemuka dengan saya dan Datuk Eskay, Datuk Shuib. Polis siasat, biarlah polis siasat... apabila bersemuka, kita boleh cari kebenaran.
“Tak payahlah dia jaja cerita ke sana ke sini, (tuduh) kami bertiga diperalatkan oleh kerajaan untuk membunuh personaliti atau kerjaya politik dia,” katanya selepas menutup Kursus Pratanam Semula Getah anjuran RISDA Limbang di Dewan Masyarakat KEMAS, di sini.

Kelmarin, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, identiti sebenar pemilik jam tangan jenama Omega, didakwa milik Anwar yang diserahkan Shazryl Eskay kepada polis akan diketahui dalam tempoh terdekat daripada pengedar jam tangan berkenaan.

Di KUALA LUMPUR, Shazryl Eskay menganggap Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini dalam keadaan tertekan kerana perlu membuktikan kepada umum bahawa mereka menyimpan jam tangan Omega milik ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, Shazryl Eskay yang juga bekas Konsul Kehormat Thailand di Langkawi menyerahkan kepada orang ramai untuk mencabar Anwar dan Dr Wan Azizah bagi membuktikan dakwaan mereka.
“Beban kini ditanggung Kak Wan (Dr Wan Azizah) dan Anwar untuk membuktikan mereka menyimpan jam itu. Biar rakyat cabar mereka untuk membuktikan kebenarannya,” katanya kepada wartawan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim mencabar Anwar menunjukkan jam tangan Omega sebenar yang dimilikinya kepada umum bagi membuktikan beliau menyimpan jam berkenaan dan bukannya dalam simpanan polis.

Walaupun saya bukan pro Anwar, saya masih percaya bahawa Thambi memang melakukan kegiatan terkutuk dengan seorang remaja.Dibebaskan oleh mahkamah bukan bermakna ia tidak melakukannya. Awak bernasib kerana anda dalam kerajaan. Jika tiada angin,tidak mungkin pokok bergoyang. Thambi dan Anwar adalah sama. Pembohong,Penipu Dan Pengamput.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.