Ibrahim Ali harus diharamkan masuk ke Sabah.


Kenyataan Datuk Ibrahim Ali mengenai bahasa Melayu dalam Kitab Injil adalah sangat tidak rasional, tidak menghormati rakyat Sabah dan Sarawak dan jelas menunjukkan bahawa beliau langsung tidak mempunyai semangat 1Malaysia.

“Tak masuk akal kenapa sesetengah pihak berkeras hendak edar Injil bahasa Melayu walhal secara rasmi semua orang Melayu adalah beragama Islam.

“Kalau nak edar di kalangan masyarakat di Malaysia Timur, kenapa tidak dikeluarkan ikut dialek masing-masing? Kenapa mesti dalam bahasa Melayu yang bukan 'their mother tongue' (bahasa pertuturan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dengan ini saya mohon kepada semua rakyat Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian supaya menolak Barisan Nasional kerana gagal melaksanakan kebebasan beragama.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.