Saya terkejut apabila seorang warga Malaysia menabalkan dirinya sebagai sultan Sulu. Lebih memeranjatkan beliau adalah seorang ahli politik yang aktif. Apakah kerajaan kita terus memerhati apa yang akan berlaku seterusnya??


Akjan Ali kini bergelar Paduka Mahasari Maulana al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu'izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, atau Sultan Hashim Shariful-II

Adakah Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan terhadap Akjan Ali Muhamad, "Sultan Sulu" yang baru ditabalkan yang dikatakan pernah ditahan di bawah ISA atas kesalahan memalsukan MyKads? Itulah antara soalan yang diajukan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee (YTL) seperti yang dilaporkan oleh FMT.

"Fakta bahawa ada beberapa pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu adalah sesuatu yang menjadi pengetahuan umum."

"Namun apabila 'pelawak' yang bernama Akjan Ali menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu, maka hal itu adalah sesuatu yang mempersendakan kedaulatan Malaysia terhadap Sabah dan penghinaan terhadap sultan Malaysia serta ketua negeri Sabah."

"Apakah beliau yang disebut sebagai "Sultan Sulu", lengkap dengan "Perdana Menteri " kerajaan buangan - mengharapkan rakyat berketurunan Sulu (yang tinggal di Malaysia) untuk taat setia kepadanya, dan bukannya kepada YDP Agong, Perlembagaan, dan negara kita?

"Hal ini memberikan implikasi keselamatan yang jelas dan serius," kata Yong dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya.

Yong, yang juga Presiden Parti Progresif Sabah lebih lanjut mencatatkan bahawa pada tahun 1995 atau 1996 Akjan dan beberapa yang lain daripada UMNO didakwa ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan palsu.

"Saya tidak perlu berkata apa-apa lagi tentang Akjan kecuali beliau ialah ahli UMNO yang aktif. Apakah yang akan dilakukan oleh UMNO terhadap beliau?

"Jika kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan pencabulan secara terang-terangan kedaulatan Malaysia terhadap Sabah, maka rakyat Sabah akan bertanya-tanya tentang ertinya menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Akjan ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dalam sebuah upacara pertabalan simbolik pada 2 Februari yang lalu. Pertabalan itu disaksikan oleh sekitar 60 orang kenamaan Kesultanan Sulu dan kerajaan interimnya.

Cukuplah terjemahan berita yang saya kutip di FMT, selanjutnya boleh dibaca di sana.

* kredit: www.duniacacamarba.blogspot.com

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.