Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Ahli UMNO jadi sultan Sulu ?

Saya terkejut apabila seorang warga Malaysia menabalkan dirinya sebagai sultan Sulu. Lebih memeranjatkan beliau adalah seorang ahli politik yang aktif. Apakah kerajaan kita terus memerhati apa yang akan berlaku seterusnya??

Akjan Ali kini bergelar Paduka Mahasari Maulana al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu'izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, atau Sultan Hashim Shariful-II

Adakah Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan terhadap Akjan Ali Muhamad, "Sultan Sulu" yang baru ditabalkan yang dikatakan pernah ditahan di bawah ISA atas kesalahan memalsukan MyKads? Itulah antara soalan yang diajukan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee (YTL) seperti yang dilaporkan oleh FMT.

"Fakta bahawa ada beberapa pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu adalah sesuatu yang menjadi pengetahuan umum."

"Namun apabila 'pelawak' yang bernama Akjan Ali menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu, maka hal i…

Rejim Mubarak tumbang

Selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur, beliau akhirnya akur dan melepaskan jawatannya, malam tadi.

Beliau menyerahkan urusan negara ke tangan tentera selepas melarikan diri bersama keluarga ke Sharm el-Sheikh ketika protes rakyat memuncak selepas solat Jumaat semalam dengan sejuta penduduk melakukan bantahan di depan istana presiden dan jabatan kerajaan.

Pengumuman yang dibuat oleh Naib Presiden, Omar Suleiman di televisyen secara langsung disambut dengan gegak-gempita suara dan laungan gembira penunjuk perasaan di Dataran Tahrir dan seluruh Mesir.
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera, bersorak dan berpelukan selain ada yang menitiskan air mata di Dataran Tahrir serta melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebaik mendengar pengumuman itu.

Bodohnya orang Mesir menunggu sehingga 30 tahun menumbangkan kerajaan yang dikatakan korup dan diktator.

DUN Sarawak - Tiada ADUN BN Sarawak melobi, Taib terus mempertahankan kerusinya

PM puas hati pertemuan, beberapa wakil rakyat tawar diri tak pertahan kerusi

MIRI: Datuk Seri Najib Razak mengesahkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak menawarkan diri tidak mempertahankan kerusi masing-masing dalam pertemuan tertutup dengan beliau di sini semalam.
Namun, Perdana Menteri yang berpuas hati dengan pertemuan itu berkata, tidak seorang pun daripada 62 ADUN BN yang bertemu beliau melobi untuk dicalonkan semula.
"Tak ada siapa lobi nak dicalonkan semula, tetapi yang menawarkan diri tak nak bertanding lagi ada beberapa orang," katanya pada sidang media selepas pertemuan yang turut dihadiri Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Sesi permukiman tertutup mulai jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang itu diadakan di Hotel Marriot di sini dengan pertemuan dibuat secara berkumpulan antara lima hingga enam ADUN setiap sesi.

Pengerusi BN itu bagaimanapun enggan mendedahkan berapa ramai ADUN Sarawak yang menyatakan hasrat men…

Makmal Gaji Minimum bincang esok 8 Feb 2011

Kerajaan yakin Akta Gaji Minimum dapat dilaksana selewat-lewat Jun

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin Akta Gaji Minimum 2011 dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Jun depan selepas mendapat maklum balas daripada Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata rang undang-undang akta berkenaan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan akan datang yang akan bermula bulan depan.
“Kita akan berusaha untuk melaksanakannya pada bulan Jun ini, kementerian yakin ia dapat dilaksanakan berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pihak yang berkepentingan dimaksudkan ialah seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persekutuan Majikan Malaysia (MFE) dan Persekutuan Pengeluaran Malaysia (FMM).

Beliau sebelum itu menghadiri majlis perasmian Pusat Khidmat MIC bertempat di ibu pejabat parti berkenaan. Majlis itu dirasmikan Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

Sebelum ini akhbar melapork…

Dakwaan kerajaan tiada wang biaya misi pembohongan pihak tidak bertanggungjawab?

SEBAHAGIAN daripada 150 pelajar Malaysia yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi dari Jeddah ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Saudi Airlines gembira selepas bersama keluarga mereka. Mereka terbabit dalam Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan Malaysia dan adalah kumpulan pertama yang berlepas dari Jeddah ke tanah air dengan pembiayaan keluarga masing-masing. - Foto Afendi Mohamed.


Mana satu yang tepat ?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan kononnya kerajaan tidak mempunyai wang bagi membiayai usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, adalah pembohongan dan fitnah besar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sambil menyuarakan kekesalannya kerana isu itu dipolitikkan, Perdana Menteri sebaliknya menegaskan, kerajaan berusaha untuk berlaku adil dengan membawa semua rakyat Malaysia sama ada pelajar, ahli perniagaan, pelawat dan pemastautin di Mesir ke Jeddah sebelum diterbangkan ke tanah air.
“Kerajaan tidak pilih…

Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri Pulau Pinang

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (dua kanan); Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (dua kiri) bersama yang hadir melakukan upacara Yee Sang pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri Pulau Pinang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Kapitan Keling di sini, hari ini. - Foto BERNAMA