Petikan yang membuatkan orang india tidak boleh duduk diam.

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)


Saya masih mencari jawapan mengapa orang melayu masih menggunakan perkataan dusun yang merujuk kebun buah-buahan mereka. Mengapa tidak sebut sahaja kebun buah-buahan.

Saya sebagai orang yang berbangsa Dusun yakni orang Sabah, tidak memikirkan ia sebagai satu penghinaan kepada kaum saya walaupun sebenarnya ada istilah lain bagi menggantikan perkataan dusun buah-buahan. Orang semenanjung yang baru datang ke Sabah dan baru tahu kewujudan suku kaum Dusun ni pasti akan tersengih mendengar perkataan Dusun." kalau di semenanjung, dusun itu kebun buah-buahan" kata mereka.

Tentang interlok ni, saya sendiri pun belum membacanya. Namun isu yang hangat dibincangkan ialah tentang perkataan paria. Anda adalah orang India atau orang Tamil dan bukan paria. Mengapa mesti marah dengan perkataan paria? Antara paria dengan hamba, mana satu istilah yang lebih teruk. Kita kena ingat, sesetengah penduduk tulin Malaysia pernah menjadi hamba kepada Raja-Raja Melayu pada suatu ketika dahulu. Mungkin juga setaraf paria??.( Baca dalam buku hikayat Hang Tuah).

Saya mahu bertanya kepada orang India di Malaysia, mana satu yang memeritkan sama ada perkataan paria atau Dusun yang biasa juga diungkapkan oleh orang India yang merujuk kepada kebun buah-buahan orang india...

Itu cuma istilah sahaja..tidak perlu dijadikan isu seolah-olah hendak berperang.

1 Comments

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

  1. Hi kawan, ini nampak sgt anda tidak faham tujuan dan masalah ini dgn betul. Perumpamaan yang anda bagi langsung tak kena mengena.Masalahnya dan soalan org2 india ialah,walaupun tahu perkataan paria itu digelarkan sebagai kasta rendah dan satu perkataan yg amat sensitif bg org india knp lagi nak menyebutkannya? apakah motif?

    ReplyDelete

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.