Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Taib Mahmud tunaikan mimpi bini barunya

KUCHING: Lima bulan lalu, Puan Sri Ragad Walled Alkurdi, bermimpi berkahwin dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi dan menaiki kereta Rolls Royce dalam satu majlis penuh gilang gemilang.

Kini, mimpi wanita kelahiran Damsyik, Syria itu menjadi kenyataan apabila beliau diarak menaiki Rolls Royce ke majlis persandingannya dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, juga dalam suasana penuh gilang gemilang, malam tadi.
Anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, ketika berucap pada majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin baru itu di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, berkata Ragad memberitahunya mengenai mimpi itu, baru-baru ini.
Beliau ingin berkongsi mimpi indah itu dengan kita malam ini, katanya sambil tersenyum ke arah pasangan mempelai dan menambah majlis resepsi itu bertambah manis kerana disambut serentak ulang tahun kelahiran Ragad ke-31.

Katanya lagi, mimpi indah Ragad mungkin tidak menjadi kenyataan jika ibu saudaranya, Datuk Roziah Mahmud dan suami…

Inikah interlok yang menghina orang India?

Lazimnya, jarang sekali karya sastera, khususnya novel Melayu mendapat perhatian sebegitu meluas daripada masyarakat umum di negara ini seperti yang diperoleh Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.

NONETetapi malangnya semua perhatian berkenaan atas sebab yang tidak sepatutnya.

Banyak pihak tampil membidas Interlok yang dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk tingkatan lima. Ia dikatakan sebagai karya berbentuk 'rasis' serta menyemai bibit-bibit unsur penghinaan.

Buku setebal 426 halaman itu bercerita daripada tiga sudut pandang watak utama - Melayu, Cina dan India - tentang situasi hubungan kaum ketika itu yang menghadapi pelbagai rintangan.

Ia dibahagikan kepada empat buku, bahagian pertama bercerita daripada sudut pandang Seman dan keluarganya di kampung, bahagian kedua tentang Cing Huat sekeluarga yang baru datang dari China dan ketiga tentang kehidupan Maniam di estet, sebelum semua itu dirangkum dalam bab ter…

Interlok hina orang India?

Petikan yang membuatkan orang india tidak boleh duduk diam.

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)

Saya masih mencari jawapan mengapa orang melayu masih menggunakan perkataan dusun yang merujuk kebun buah-buahan mereka. Mengapa tidak sebut sahaja kebun buah-buahan.

Saya sebagai orang yang berbangsa Dusun yakni orang Sabah, tidak memikirkan ia sebagai satu penghinaan kepada kaum saya walaupun sebenarnya ada…

Polis Malaysia setaraf tentera Israel??

Mangsa muntah, sukar bernafas ketika dalam lokap

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mendakwa rakannya, M Krishnan yang mati dalam tahanan polis, Jumaat lalu, diseksa dengan teruk termasuk dipukul, ditendang dan dipijak di bahagian belakang badan serta rusuk.
A Sargunan, 34, yang turut ditahan bersama Krishnan dan tiga individu lain di sebuah kondominium dekat Cheras, Ahad lalu, kerana kesalahan dadah hampir dua minggu lalu, mendakwa menyebabkan mangsa mengalami kesukaran bernafas dan muntah ketika berada di dalam lokap.
“Ketika serbuan dilakukan, saya turut ditendang dan disepak berkali-kali oleh 10 anggota polis yang melakukan serbuan dan menyaksikan sendiri bagaimana Krishnan dibelasah.

“Sebaik tiba di lokap, Krishnan sempat memaklumkan kepada saya bahawa dia diperlakukan seperti yang saya lalui dan badannya mula menjadi sakit sehingga sukar bernafas serta muntah.

“Tidak tahan menanggung kesakitan, Krishnan merayu supaya dibawa ke hospital untuk rawatan, namun permintaannya menimbu…

Murid Kampung Bongkut terpaksa redah kepayahan

Keluar dalam kegelapan, kedinginan pagi, setengah jam berjalan di jalan becak

KOTA KINABALU: Hari pertama persekolahan murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tombongon, Colebatlee Sopirin, dari Kampung Bongkut, Menggatal dekat sini semalam, jauh berbeza dengan murid di bandar atau pinggir bandar.
Selain meredah kegelapan subuh, anak cekal itu terpaksa menghabiskan kira-kira sejam berjalan melalui laluan tidak berturap untuk ke sekolah.
Walaupun bertarung dengan kedinginan subuh di puncak bukit, Colebatlee menguatkan azam memulakan persekolahan dengan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk mandi menggunakan bekalan air graviti (air dari puncak bukit yang disalurkan ke rumah dengan menggunakan buluh).

Anak bongsu daripada enam beradik itu mengenakan pakaian serba baru yang dibeli bapanya, Sopirin Sapou, 66, sebelum menjamah minuman panas disediakan kakaknya, Monica, 23, untuk segera berkumpul bersama lima rakan di kampung berkenaan sebelum melangkah ke sekolah.

Anak penoreh getah itu lang…