Kempen sudah selesai,pilihan raya kecil pun sudah selesai, keputusanpun sudah diketahui. Barisan Nasional mengekalkan kemenangan di Batu Sapi dan berjaya merampas DUN Galas daripada PAS.

Kemenangan ini adalah hadiah kepada pasukan kempen Barisan Nasional yang telah bertungkus-lumus memenangi hati rakyat dengan memberikan rasuah seperti janji pembinaan sekolah menengah dan penyelesaian isu geran tanah. Rasuah adalah salah satu jalan terbaik untuk memenangi hati rakyat. Mengapa saya katakan ini adalah rasuah kerana ia di umumkan pada masa pilihanraya dan bukannya sebelum pilihan raya.

Walau bagaimanapun kemenangan BN ini adalah petanda BN semakin diterima oleh rakyat di bawah kepimpinan Najib.

Malang bagi PAS yang bersengkongkol dengan Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai pendirian disamping tidak mempunyai matlamat politik yang jelas. PAS harus menyarankan agar Anwar Ibrahim bersara daripada arena politik seperti yang disarankan oleh Ustaz Dr. Asri.

Saya sokong Barisan Nasional tetapi saya tidak sokong Musa Aman kerana beliau banyak lebih mengutamakan kekayaan peribadi daripada rakyat.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.