KUCHING: Para pembeli mempersoalkan kelewatan pembayaran balik deposit perumahan kos rendah Vista Wawasan oleh Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang sepatutnya siap Jun lepas.

Keluhan itu diajukan terus kepada Pengarah Urusan SPNB Profesor Dr Sr Kamarul Rashdan Salleh, dengan para pembeli mendakwa bayaran sepatutnya dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, September lepas.

Keadaan itu membangkitkan kemarahan para pembeli Vista Wawasan termasuk Jeffry Zaidi dan Abdul Jumat Ali Omar yang tampil di pejabat SPNB di sini semalam.

Berdasarkan rekod, seramai 200 orang pembeli masih menunggu jawapan bagi pe-mulangan deposit terbabit.

Bagaimanapun, ketika Jeffry dan Abdul Jumat mene-mui Ketua SPNB Cawangan Sarawak, Khairil Ezanee Chik Datuk Aziz Badli, mereka diberitahu bahawa beliau masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Kamarul berkaitan isu terbabit.

“Saya telah menghantar tujuh memo berkenaan isu itu dan setakat ini saya belum menerima sebarang maklum balas daripada Kamarul. Saya turut berasa simpati dengan pembeli ini dan memahami keperluan dan situasi kewangan mereka,” kata Khairil.

Justeru, katanya, beliau akan Kuala Lumpur bagi mengatur pertemuan bersama Kamarul bagi menyelesaian isu terbabit minggu hadapan.

“Saya akan memastikan permasalahan ini selesai dan duit deposit pembeli Vista Wawa-san akan dibayar semula secepat mungkin,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Jeffry, 47, yang masih tinggal di rumah sewanya di Palm Road berkata, beliau berasa tertipu dengan tindakan SPNB.

“Kami mahu tahu mengapa ia mengambil masa yang begitu lama untuk Kamarul bertindak walaupun selepas diberi memo oleh Khairil sebanyak tujuh kali. Apa yang terjadi?

“Kes ini telah ditangguhkan begitu lama, saya tidak dapat menunggu lebih lama lagi dan memerlukan duit berkenaan bagi meneruskan hidup ini,” jelas Jeffry.

Abdul yang bekerja di sebuah syarikat tenaga Sejing-kat pula terpaksa melupakan rumah idamannya itu.

“Saya berasa sungguh kecewa dengan SPNB… ini adalah kegagalan yang amat dahsyat, ditambah lagi dengan kelengahan mereka untuk mengambil tindakan,” katanya.

Ketika ditanya, Khairil memberitahu pihaknya me-ngalami beberapa masalah dalam menyiapkan projek berkenaan berkaitan bahan binaan, namun, kerja perparitan dan jalan raya masih dalam proses pembikinan.

Projek perumahan Vista Wawasan menawarkan harga seunit rumah di antara RM42,000 dan RM47,000 dan terletak 15 kilometer dari pusat bandar raya.


Sumber : www.theborneopost.com

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.