SANDAKAN: Seolah-olah sudah terkena sumpahan atau kelemahan Barisan Nasional menyediakan kemudahan yang baik kepada rakyat Sabah, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah semalam sekali lagi terjatuh ke dalam laut – kali ini bersama empat jentera pilihan raya PKR di Kampung Gas, dua hari selepas terjatuh ke dalam laut di Kampung Api-Api, Pulau Timbang, dekat sini.

Jika pada Rabu lalu, Ansari dan pengurus kempennya, Oting Enchi serta seorang wartawan televisyen portal basah kuyup akibat terjatuh ke dalam laut apabila jeti di Kampung Api-Api runtuh kerana jambatan tersebut usang tidak dipedulikan oleh Barisan Nasional,ketika beliau dan rombongan jentera pilihan raya PKR berkempen, kali ini beliau dan empat lelaki terbabit terjatuh apabila pelantar pejalan kaki di sebuah rumah atas air runtuh.

Jurucakap PKR berkata, Barisan Nasional betul-betul tidak mempedulikan rakyat Sabah dengan menyediakan jambatan buruk. YB Sabah pula hidup dalam kedaaan kaya-raya. Ini akan dijadikan bahan kempen dan bukti Barisan Nasional gagal. Kes jambatan runtuh di Sabah bukan sekali dua. Namun ia tidak dilaporkan demi kepentingan politik Barisan Nasional.

Musa Aman mungkin ketawa mendengar khabar Ansari terjatuh ke dalam laut akibat jambatan runtuh. Namun pada masa yang sama ia juga memalukan Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah kerana ia mendedahkan kegagalan Barisan Nasional menyediakan jambatan yang selamat.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, kebanyakan jambatan atau jeti atas laut di Sabah sangat menggerunkan. Jangankan jambatan atas laut, jambatan yang merentangi sungai juga cukup berbahaya.

Di keningau, murid-murid ke sekolah meniti kabel jambatan yang runtuh..cukup berbahaya. Bagitu juga dengan jambatan atas laut yang banyak lubang..puhhh.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.