Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Perkasa Sabah tidak diperlukan

Walaupun saya anak asli orang Sabah tetapi saya tidak sokong pertubuhan perkasa. Bukan saya sahaja tetapi rata-rata penduduk asal Sabah. Mungkin kerana kebanyakan orang Sabah sudah kahwin campur. Orang-orang penting perkasa Sabah ni pun bukannya orang asli Sabah. Kebanyakannya berkulit gelap yang disyaki dari selatan Filipina dan Indonesia. Sudah-sudahlah perkasa, cukuplah Barisan Nasional membantu kami.

Bagi Saya, perkasa ni tidak ubah seperti pelampau dan suka cari gaduh.Itu bukan budaya orang Sabah. Jadi jangan libatkan orang Sabah dengan Perkasa.

Siapa sebenarnya perkasa tu... tak kenal maka tak cinta.
Ini orang Perkasa kaki ekor..kena ke brother?


Ini ada muka kaki Pub


Macam pengganas oohhh


Ini muka kaki perempuan la pula..pweettt mata terpegun nampak tetek.


Tiada peluang kerja punca belia hijrah

GUA MUSANG: Kegagalan kerajaan Pas Kelantan dan BN Sabah menyediakan projek pembangunan, termasuk kawasan perindustrian menyebabkan penduduk terutama belia sukar mencari pekerjaan, sekali gus menimbulkan masalah penghijrahan tenaga mahir tempatan ke negeri lain.

Calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff, berkata masalah itu hanya dapat diatasi jika kerajaan Pusat mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri yang bakal menyediakan pelbagai pembangunan selaras matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020. Walau bagaimanapun Ad Aziz tidak dapat menjelaskan isu penghijraan rakyat Sabah secara besar-besaran ke negeri lain di Semenanjung. Ini adalah kerana beliau sedar ia berpunca deripada kegagalan Barisan Nasional menyediakan peluang pekerjaan di Sabah.

Sehubungan itu, Sama ada BN atau Pembangkang tidak ada bezanya jika muka-muka lama masih menjadi calon. Sudah-sudahlah menabur janji kepada rakyat. Rakyat kini sudah matang menilai setiap ungkapan berhormat sekarang.

Masa pilih…

Ansari sekali lagi jatuh ke laut

SANDAKAN: Seolah-olah sudah terkena sumpahan atau kelemahan Barisan Nasional menyediakan kemudahan yang baik kepada rakyat Sabah, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah semalam sekali lagi terjatuh ke dalam laut – kali ini bersama empat jentera pilihan raya PKR di Kampung Gas, dua hari selepas terjatuh ke dalam laut di Kampung Api-Api, Pulau Timbang, dekat sini.

Jika pada Rabu lalu, Ansari dan pengurus kempennya, Oting Enchi serta seorang wartawan televisyen portal basah kuyup akibat terjatuh ke dalam laut apabila jeti di Kampung Api-Api runtuh kerana jambatan tersebut usang tidak dipedulikan oleh Barisan Nasional,ketika beliau dan rombongan jentera pilihan raya PKR berkempen, kali ini beliau dan empat lelaki terbabit terjatuh apabila pelantar pejalan kaki di sebuah rumah atas air runtuh.

Jurucakap PKR berkata, Barisan Nasional betul-betul tidak mempedulikan rakyat Sabah dengan menyediakan jambatan buruk. YB Sabah pula hidup dalam kedaaan kaya-raya. Ini akan dijadikan baha…

Pembeli persoal kelewatan bayaran balik deposit rumah Vista Wawasan

KUCHING: Para pembeli mempersoalkan kelewatan pembayaran balik deposit perumahan kos rendah Vista Wawasan oleh Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang sepatutnya siap Jun lepas.

Keluhan itu diajukan terus kepada Pengarah Urusan SPNB Profesor Dr Sr Kamarul Rashdan Salleh, dengan para pembeli mendakwa bayaran sepatutnya dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, September lepas.

Keadaan itu membangkitkan kemarahan para pembeli Vista Wawasan termasuk Jeffry Zaidi dan Abdul Jumat Ali Omar yang tampil di pejabat SPNB di sini semalam.

Berdasarkan rekod, seramai 200 orang pembeli masih menunggu jawapan bagi pe-mulangan deposit terbabit.

Bagaimanapun, ketika Jeffry dan Abdul Jumat mene-mui Ketua SPNB Cawangan Sarawak, Khairil Ezanee Chik Datuk Aziz Badli, mereka diberitahu bahawa beliau masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Kamarul berkaitan isu terbabit.

“Saya telah menghantar tujuh memo berkenaan isu itu dan setakat ini saya belum menerima sebarang maklum bala…

Kem pembalakan diserang

Kuarters pekerja, peralatan kem di Ulu Sebangan, Simunjan dibakar lebih 100 orang

SIBU:Sebuah syarikat pembalakan di Ulu Sebangan, Simunjan mengalami kerugian yang dianggarkan lebih kurang RM2 juta setelah kuarters pekerja dan pelbagai peralatan kem pembalakan dibakar oleh lebih 100 orang di kem pembalakan berkenaan Isnin lalu.

MUSNAH: Salah sebuah jentera berat milik syarikat dibakar dalam kejadian di kem pembalakan di Ulu Sebangan, Simunjan.

Kejadian itu berlaku dipercayai berpunca daripada penduduk kampung berkenaan mendakwa syarikat terbabit menjalankan operasi pembalakan secara tidak sah di tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

Difahamkan syarikat berkenaan iaitu Sri Berjaya Enterprise & Co. telah beroperasi di situ sejak lebih sebulan lalu.

Menurut laporan, terdahulu sebelum insiden tersebut, mandur kem pembalakan berkenaan pernah membuat laporan polis setelah sekumpulan penduduk kampung membuat sekatan jalan pada jam 9.00 pagi pada 15 Oktober lalu bagi menghalang jentera …

UMNO juga pembohong sama seperti menteri Pulau Pinang

Mengambil kata-kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengibaratkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai 'penipu bersiri' kerana sering kali melakukan pelbagai pembohongan kepada rakyat Pulau Pinang, UMNO juga adalah penipu paling licik di muka bumi ini. Banyak penipuan yang dilakukan oleh UMNO sama ada UMNO Sabah mahupun UMNO dari semananjung yang dianggotai oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Penipuan UMNO yang pertama ialah kegagalan menunaikan janjinya memajukan Sabah dalam masa 100 hari sebaik sahaja merampas kuasa daripada PBS. Kini Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican patut tahu bahawa Sabah belum maju walaupun UMNO sudah berbelas tahun berkuasa di Sabah. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan ketua menteri Pinang tidak ada bezanya.

Pembohongan UMNO yang kedua liciknya ialah kegagalan menunaikan janjinya memberi lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah bagi mengelakkan penghijraan warga Sabah ke Semenanjung. Sehingga kini tidak nampak kilang-…

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa…

Sikap manusia punca jalan raya jadi pusara

SELANG beberapa bulan, akan ada kemalangan ngeri di negara kita terutama membabitkan bas dan terbaru, 12 nyawa melayang hingga menimbulkan semula persoalan bagaimana tragedi itu berlaku. Sememangnya banyak cadangan dan pandangan yang disuarakan apabila ia terjadi tetapi ia selalunya tidak ke mana.
Apabila berlaku saja kemalangan seperti itu, ramai pihak melontarkan pelbagai pandangan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab pula akan muncul dengan saranan serta cadangan tertentu. Tetapi bila diperhati, sesetengah kenyataan itu bagaikan ‘hangat-hangat tahi ayam.’
Ini semua perlu kajian menyeluruh dan cari punca sebenar hingga ke akar umbi, bukan ‘mencari kesalahan’ semata-mata. Bayangkan, purata 18 kematian di jalan raya setiap hari di bumi Malaysia ini.

Selain kelajuan dan mengantuk yang menjadi faktor utama kemalangan berlaku, ada beberapa faktor lain yang perlu diambil kira jika ingin melihat tragedi ngeri itu tidak berulang sekurang-kurangnya dalam tempoh waktu terdekat.

Perunding Peng…

Derita di penjara beri kekuatan tadbir Pulau Pinang - Lim Guan Eng

PULAU PINANG 17 OKT : Pengalaman getir dan memeritkan terpaksa merengkok dalam penjara sebagai seorang banduan lebih memedihkan daripada menerima pelbagai serangan dan tohmahan bertubi-tubi oleh ahli-ahli politik Umno dan parti Barisan Nasional dalam tugas mentadbir Pulau Pinang sebagai seorang Ketua Menteri.

Itulah luahan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sambil menyifatkan pengalamannya sebagai tahanan ISA selama 18 bulan dan juga dipenjarakan di bawah Akta Hasutan dari Ogos 1998 sehingga 25 Ogos 1999 kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu yang membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Rahim Tamby Chik dan 14 individu lain sebagai tempoh yang 'menyakitkan' dalam hidupnya.

Menurutnya, pengalaman tersebut memberinya stamina dan kekuatan untuk menangkis semua serangan yang dibuat terhadapnya oleh konco-konco Umno dan Barisan Nasional dan menumpukan perhatian untuk terus mentadbir Pulau Pinang dengan baik dan amanah.

Beliau meluahkan isihatinya itu kepada …