Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan kesediaannya untuk terus memimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.

Menurutnya, beliau sudah memikirkan perkara itu semasak-masaknya dan tiada orang politik atau mana-mana pihak yang mempengaruhinya dalam membuat keputusan tersebut.

''Kita sekeluarga memikirkan sama ada betul atau tidak perkhidmatan saya masih diperlukan oleh negeri ini, keluarga meskipun tidak suka untuk melihat saya terus tidak dapat bersama mereka, namun mereka setuju bahawa hasrat rakyat Sarawak tidak boleh dihampakan.

''Justeru, walau apa pun terjadi, saya akan terus menolong negeri Sarawak dan tidak akan melepaskan harapan rakyat yang mahu negeri ini lebih maju pada masa depan," katanya berucap di hadapan lebih 7,000 rakyat dan penyokong yang menyambut ketibaan beliau di hangar Hornbill Skyways di sini.

Abdul Taib berkata, perjuangan kerajaan BN telah berjaya apabila dapat menukar Sarawak daripada sebuah negeri yang miskin kepada negeri yang dihormati di negara ini termasuk di peringkat antarabangsa.

Katanya, namun demikian, kerajaan BN akan terus memperjuangkan hasrat rakyat bukan dengan mulut sahaja tetapi dengan tenaga serta usaha sehingga apa yang diimpikan pada tahun 1963 tercapai.

''Kita akan cuba memenuhi harapan generasi muda dan kita telah susun segala rancangan untuk memastikan pendapatan purata rakyat negeri ini akan meningkat tiga kali ganda daripada sekarang pada tahun 2020.

''Dalam erti kata lain, insya-Allah, kita akan dapat capai sasaran untuk menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2020 dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) akan memastikan harapan dan sasaran itu tercapai melalui kerajaan BN dan bukan pihak lain," ujarnya.

Sehubungan itu, Abdul Taib memberitahu, beliau telah lama memimpin negeri ini serta dapat melihat bagaimana Sarawak boleh dimajukan.

Menurutnya, beliau berani menyatakan sedemikian berdasarkan kemampuan kerajaan BN yang telah terbukti mampu memberi kehidupan yang lebih selesa seperti yang diimpikan rakyat.

Ini kerana katanya, kerajaan BN telah memerintah Sarawak dengan cukup cekap dan dedikasi dengan menumpukan seluruh jiwa raga bagi mencapai masa depan yang baru.

''Pihak pembangkang tidak pernah berbuat apa-apa, mereka bercakap mengatakan apa yang kurang tetapi mereka tidak pandai mengatakan apa yang telah mereka buat yang sememangnya tidak ada.

''Namun, kita telah tumpukan seluruh jiwa raga kita sehingga terbukti bukan sahaja apa yang kita telah janji pada tahun 1963 sudah dapat dicapai malah berusaha untuk memenuhi masa depan yang baru dan ini yang sebenarnya cara kita memandang masa depan," katanya.





Sedar-sedarlah sudah nyanyuk, cakappun tak boleh difaham masih berniat nak terus berkhidmat. Orang Sarawak pon bodoh..

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.